BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 12, 2010

SAYONARA....


SALAM PERPISAHAN BUAT SEMUA....

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR KU PANJANG
BOLEH KITA BERTEMU LAGI..

Wednesday, June 23, 2010

Roti sedap di restoran Wadi Hadramawt ampang..










Salam pagi khamis buat semua semuga ceria2 dan sihat sejahtera hendaknya...

kawan-kawan semua sila layan gambar2 n jamu mata dulu ye..cerita nanti kemudian.. kite kena cepat ni nak kemas apa yang patut sebab sekejap lagi nak bertolak ke perak seterusnya ke penang n kedah sambung cuti2 dengan opah tentu opah dah siap tunggu depan pintu dengan beg besar yg penuh dengan bekalan ..hihi orang tua seminggu sebelum berjalan dah siap berkemas bukan macam kite ni yg dah tua juga tapi selalu buat kerja last minute....insyaAllah jumpa lagi next week klu mengikut plan awal kami akan pulang pada hari selasa..ok babaiiiii

Tuesday, June 22, 2010

Kacang pool Larkin...


Assalamualaikum....sejuk kan hari ni..pagi2 lagi hujan dah turun..mata pun kuyu memanjang tapi perut biasalah musim hujan2 ni minta diisi je...Terkenang pulak roti kacang pool yang kita makan diMedan Selera Bomba Larkin ketika pulang kekampung baru2 ni..nilah pertama kali kita mencuba dan terus jatuh cinta...cari punya cari jumpalah kita resepi kacang pool ni untuk kita kongsi bersama...kalau teringin cubalah ye..

Resepi Kacang Pool

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.


2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau masukkan
kacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.


4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas sajian.

5) Di makan bersama roti perancis atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)

Sumber: Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor

Monday, June 21, 2010

Cuti ngan Opah.....

bersantai ...rehat2kan minda..

mertua vs menantu ..dipengkalan kubur tumpat .

peace............ambil angin laut..pantai batu burok.

letih gamaknya..hotel primula kuala terengganu.


berselubung...sutera inn kota baru..

yok makan kopok leko..sedap..

breakfast...makan kekenyang ye..

makanan kat sini memang sangat best..murah pulak tu..


room service...tak larat nak keluar dah...

makan tengahari di restoran yatie percik..



salam rindu semua...lama juga kite menyepi diri ek..bukan apa cuti sekolah ni agak sibuk sikit melayan tetamu yg berkunjung kerumah disamping memenuhi undangan majlis perkahwinan setiap minggu..pic2 diatas tu diambil semasa kite bercuti ke pantai timur bersama ibu mertua tercinta....puas rasa melayan my mil tambahan dia pun mengaku seronok dan sihat disepanjang perjalanan...siap nak ajak berjalan lagi...insyaAllah jika ada rezeki dan panjang umur minggu depan nak bawa dia ke pulau pinang dan kedah pulak..jalan2 lagilah kite ye..tapi yang bahayanya bila berjalan ni bila timbang kena pejam mata kalau bukak mata mau pengsannnnnnn..hihi ..

Sunday, June 6, 2010

Sambung cuti lagi..hehe


salam

semuga sihat semuanya ye...diwaktu n3 ni ditulis kita berada diJB..kebas punggung tak sempat hilang dah sambung berjalan lagi jangan sampai bengkak sudahlah..esuk lusa baliklah kita insyaAllah lepas hilang2 penat kita bersiaran semula ye..rindu dendam sangat kat semua ..ni pun curi2 guna lappy org...k babai u all...

Wednesday, May 26, 2010

Nak Menghilang Seminggu...

Assalamualaikum..salam sejahtera..didoakan mudah2an kawan 2 semua didalam lindungan Allah sentiasa..sihat dan bergembira disamping pasangan dan keluarga tercinta..
InsyaAllah kita nak pi cuti2 malaysia ...bawak ibu mertua jalan2 kepantai timur ...bermula ke kuantan kuala terengganu dan kota baru kelantan...petang ni kita akan pulang ke teluk intan ambil MIL esuk bawak balik kl dan hari sabtu pagi mulakan perjalanan... perjalanan balik pula bercadang untuk melalui east west highway...jauhnya kan..punggung boleh jadi petak empat segi duduk lama dalam kereta...tapi tak pe kita dah biasa bimbang ke MIL yg dah berumur tapi dia sangat bersemangat ..harapan kita semuga perjalanan kami nanti tiada apa2 halangan dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik..jika panjang umur kita jumpa lagi ye..salam sayang teramat sayang dari kita buat semua..DAAAA..wslm.

Jom minum Teh Ala Arab..




Selamat petang...dah minum..kalau belum jemputlah sama2 kita menikmati teh arab bikinan sendiri...selalu minum direstoran saja ..tak puas kerana teh arab ni selalu dihidang didalam cawan yg comel2 sangat..setelah dikaji selidik dan diujikaji dapatlah kite resepi teh ala arab yg sangat sedap... sekali minum pasti nak lagi..selalunya kita alah minum teh ..akan naik angin satu badan ..siap dapat mabuk free lagi muntah bagai.. tapi teh arab ni ok pulak mungkin kerana rempah2 yg dicampur menendang angin ye ke ni.... kalau tak caya cuba try ye..

ops lupa...keluarkan rempah2 setelah 10 -15 minit..bagi yg suka aroma rempah tu lama pun takpe.

bahan2

6-7 uncang teh lipton
1 liter air
direbus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat
5ooml susu segar
gula secukupnya - jika guna susu pekat lagi lemak berkrim
secubit garam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga.

campur semua bahan kacau ..akhir sekali masukkan bunga cengkih dan buah pelaga..


Tuesday, May 25, 2010

Mini Tuna Puff



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit


sumber resepi ini dari dapur tanpa sempadan..Mat Gebu..t.ksh daun keladi CMG.

Atau boleh digunakan filling custard..



filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.
resepi mrs Tan.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Mengangkut Awards Dari LOVE..tq



Adoiiiiii..terpaksa sewa lori besar untuk mengangkut award2 pemberian dari adik blogger kita love yang sangat pemurah ..t.ksh ye ..semuga ikatan persahabatan kita bertambah erat dan berpanjangan..

Monday, May 24, 2010

Chocolate Cheese Cake









Selamat malam dan selamat berehat bersama keluarga semua...jom layan kek istimewa ni yang memang sedap dan mudah pula menyediakannya...kita cnp resepinya dari blog sahabat tercinta kita cikmanggis ..tq ye Kak Nah cayang...kek ni kan lebih enak dimakan setelah kita sejukkan dulu dalam petisejuk..tapi kalau dah tak sabar makan jelah masa panas2.. pun okey...


bahan-bahan


(A)
180 gm butter
20 gm serbuk koko
170 gm gula halus
4 biji telur
120 gm tepung naik sendiri
1 tsp baking powder

(B)
500 gm cream cheese
120 gm gula halus
1 tsp esen vanila
2 biji telur

Cara-caranya:)

(A)

  • Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder 2x-ketepikan
  • Pukul butter dan gula hingga gebu
  • Masukkan telur dan pukul lagi .
  • Kemudian masukkan tepung dan kacau sampai sebati-ketepikan
(B)


Pukul keju hingga kembang.Masukkan gula,pukul lagi hingga gula hancur.
Masukkan telur dan esen vanila dan pukul hingga adunan benar-benar sebati

  • Sapukan loyang dgn butter dan alas dgn kertas minyak.
  • Tuangkan separuh adunan (A) kedalam loyang.
  • Kemudian tuangkan (B) hingga habis.. keatas (A)
  • Akhirnya tuangkan adunan(A) yang separuh lagi ke atas(B)
  • Bakar hingga masak.

Sunday, May 23, 2010

Gulai lemak cili api Udang Galah





Salam dan selamat berhujung minggu semua...Alhamdulillah batuk dan bengkak tekak kita dah beransur pulih bolehlah stat makan makanan yg pedas2 semula.. hampir seminggu juga puasa makan pedas ..sengsara tau maklumlah selera kampung sangat menebal dengan kita tak pedas tak ummp..hari ni masak lemak udang kasi cili api lebih...


bahan2

I kg udang galah
cili api - ikut selera masing2 nak pedas bubuh lebih
2 cm kunyit hidup
5-6 ulas bawang merah
2 batang serai - diketuk
1 mangkuk santan pekat
3 keping asam gelugur - kita suka masam2 sikit klu campur tempoyak pun ok tak payah bubuh asam
air
1o batang kacang panjang..- timun pun sedap juga klu dicampurkan.
2 biji tomato

1- bersihkan udang
2- kisar cili api bawang merah dan kunyit dengan sedikit air
3- masukkan bahan2 yg dikisar asam gelugur dan serai kedalam periuk tambahkan sedikit air jerang atas api - biar lama sikit
4- masukkan udang
5- bila udang sudah kemerahan masukkan santan perasakan dengan garam secukupnya jika suka boleh juga dibubuh sedikit gula..
6- apabila kuah sudah mendidih masukkan kacang panjang dan tomato....gulai ni hendaklah dikacau selalu supaya santannya tak pecah minyak..tutup api hidangkan..

Saturday, May 22, 2010

Sup Ikan Merah






Assalamualaikum..oleh kerana tekak masih belum pulih sepenuhnya tak berani nak makan makanan yang pedas2..jadi masakan jenis sup2 beginilah yang paling sesuai sekali untuk kita dikala ini..insyaAllah bila dah pulih sepenuhnya kenalah cari cili semula..hehe balas dendam

bahan-bahan

I ekor ikan merah
2 bungkus sup bunjut adabi
rempah penumis kayu manis bunga lawang buah pelaga
halia*
bawang merah *
bawang putih*
sebatang serai -diketuk
kentang
sayur2an -ikut suka
sedikit saja minyak untuk menumis
bahan bertanda* dimesin halus

bersihkan ikan rendam dengan air limau nipis

panaskan minyak tumis bahan2 penumis ..masukkan bahan yang dimesin dan serai bila dah naik bau masukkan air secukupnya..masukkan pula sup bunjut..biar mendidih barulah masukkan ikan dan perasakan dengan garam dan kiub ayam jika suka secukup rasa..bila ikan dah masak masukkan sayur2an dan tutup api..sedia untuk dihidangkan..kalau nak sedap buatlah sambal kicap memang terangkat bila menghirupnya..

Friday, May 21, 2010

Layan Diri..

fish n chip

lamb chop

Assalamualaikum...salam sejahtera..hampir seminggu juga kite menyepi diri dari bersiaran ..semenjak dua menjak ni keadaan kesihatan tak berapa mengizinkan untuk kite mengadap pc ..
batuk selsema menyerang diri ini badan pun sungguh tak selesa dan lemah sangat setelah ambil ubat pula mata mulalah mengantuk dan macam org lalok..jadi dalam seminggu ni kita banyak berehat siang malam..jadi ' rakyat' dalam rumah ni terpaksalah melayan diri memasing..
so gambar2 kat atas tu anak2 jantan kitalah yang masak..siap ambil gambar dan berpesan ' letak kat blog umi tau"..masak pun main bantai je gunakan bahan2 ready made ... cepat dimasak dan sedap dimakan..

Thursday, May 20, 2010

Peringatan Buat Diri Yang Lupa..



'Empat perkara yang jika ada pada dirimu , maka apa2 perkara dari hal keduniaan yang hilang tidaklah mengapa ,iaitu...
menjaga amanah, berkata benar ,akhlak yang baik dan menjaga kehalalan makanan'
( HR Ahmad ,Tabrani & Baihaqi )
salam ukhwah..

Thursday, May 13, 2010

Peringatan Buat Diri yg Lupa..


Assalamualaikum...salam pagi jumaat yg mulia dan salam sejahtera

Untuk peringatan dan renungan kita bersama..

Sabda Rasulullah SAW bila ditanya siapakah orang yang paling eluk untuk didampingi..

"Sesaorang yang dgn melihatnya akan mengingatkan kamu kepada Allah , kata2nya menambahkan ilmu kepadamu dan tingkah lakunya mengingatkan kamu kepada akhirat " ( HR alHakim & al Tirmizi )

salam ukhuwah

Tuesday, May 11, 2010

Mee Kari



Assalamualaikum dan salam sejahtera....hari ni kita cuti makan nasi kita makan mee kari pula..resepi yang sangat sedap ni kita dapat dari blog nina aka SL.... tak rugi kita selongkar sweetlily kitchen macam2 ada...
tolong sediakan tisu secukupnya pada sesiapa yg makan mee kari ni ye..bukan apa bila makan peluh dan air hidung melimpah2 keluar..hehe
resepi ni kite cnp dari rumah nina tq n minta halal ye nina..


Bahan-bahan:
1 peket mee kuning - celur dan toskan airnya
500gm dada ayam - potong kecik-kecik
200gm isi kerang
segenggam lada kering - potong2 dan rendam dengan air panas **
segenggam udang kering - rendam **
4 biji bawang merah - sederhana besar **
3 ulas bawang putih **
1 inci halia **
3 sudu makan serbuk kari - buat paste
1 tangkai kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 pcs tahu goreng - potong2
4 pcs fish cake - potong
1 kotak santan - 200ml - bancuh bersama 1/2 cawan air
2 1/2 cawan air
1 cawan jus asam jawa
bahan hiasan: sawi celur, taugeh celur, bawang goreng, telur rebus, cili merah, dan yang sewaktu dengannya...

Cara membuatnya:
- Kisar bahan yang bertanda **.
- Panaskan minyak dalam periuk. masuk kayu manis dan bunga lawang.
- tunggu hingga naik bau. kemudian masuk bahan kisar tadi.
- gaul hingga garing.
- masuk paste kari dan gaul hingga pecah minyak.
- masuk jus asam jawa. tunggu hingga mendidih.
- kemudian masuk 2 1/2 cawan air. masuk ayam.
- biar kuah mendidih menggelegak hingga minyaknya naik ke atas.
- kemudian masuk tahu goreng, fish cake dan isi kerang.
- masuk garam dan sedikit gula hingga cukup rasa..
- biarkan dalam 5 minit. kemudian akhir sekali masukkan santan.
- Biarkan mendidih seketika. Tutup api.
- tuang ke dalam mangkuk yang berisi mee kuning yang di celur.
- hidang bersama bahan2 hiasan...

Monday, May 10, 2010

lagi ucapan kad hari ibu...


dari azatie sayang..tq atie


dari yatie73....tq yatie..

Sunday, May 9, 2010

Ingatan hari ibu dr love n izzahdaut..tq ...



terima kasih buat love dan izahdaut....salam sayang kasih dan mesra dari akak buat kalian berdua....muaaaaah..



Friday, May 7, 2010

Ros Merah Hari Ibu dari taman Mat Gebu..t.kasih...

Salam dan Selamat Hari Ibu buat semua sahabat2 .... kita tak pernah meraikan hari ibu kerana bagi kita tiap2 hari adalah hari ibu..

walau pun ibu kita sudah lama kembali kerahmatullah namun kenangan bersama arwah tetap mekar mewangi kekal dan abadi hingga ke akhir hayat kite..

' Ya Allah ampunkan segala dosanya . cucurilah rahmatmu ketas rohnya dan tempatkanlah dia bersama orang2 yang beriman.....
Semuga ibuku Allahyarhamah hajjah Zaleha binti Babunoor tenang bersemadi disisimu Ya Allah.'.

sudi2kanlah semua untuk menerima pula mawar merah ini sebagai kenangan dan tanda persahabatan yang ikhlas dari kita buat semua...

Thursday, May 6, 2010

Peringatan Buat Diri Yang Lupa..5



YA ALLAH ..YA RAHMAN YA RAHIM
jadikanlah segala CIPTAANMU sebagai PENYAKSIAN DAN PERINGATAN serta petunjuk kepada hamba2MU yang DAIF ini kejalan KEBENARAN untuk kembali KEPADAMU dalam KETAATAN...

' barangsiapa yang tidak ambil peduli dengan urusan kaum MUSLIMIN maka dia TIDAK tergolong sebahagian dari mereka ( muslimin )' ( HR at Tabrani )

didoakan semuga sahabat2 semua sekeluarga di RAHMATI dan DIBERKATI ALLAH aminnnnnn.
SALAM UKHUWAH. WSLM.

Wednesday, May 5, 2010

Happy birthday Adik ku @ Mak Su...

Dimakeup oleh makeup artis fofuler.....peeewittttttttt lawonye.....



dah habis gaye ni

siannye potong kek kat dapur je...mlm nnti kite gi celebrate ye



Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamat kan maksu comel
Allah selamatkan kamu...

Salam semua inilah satu2nya adik yang kite ada didunia ini... seorang insan yang TERISTIMEWA,,..dialah spring partner kita kat rumah ni...peneman setia, kawan gaduh, kawan makan. kawan tenguk tv dan penglibur lara kami sekeluarga....
dah 45 tahun umur dia...semuga Allah panjangkan umur maksu dan sihatkan tubuh badannya ( ada penyakit kencing manis)

KAMI SEMUA SAYANG MAKSU....

Tuesday, May 4, 2010

Kek pisang lembab .....Sedap..



Resepi asal MamaFami c/p dari blog Rozzan....terima kasih Mama diatas perkongsian resepi yang sangat enak ini..dah cuba banyak kali..memang best gilerr..

KEK PISANG LEMBAB (VERY MOIST BANANA CAKE)

Bahan-Bahan :
250 g mentega
2 cawan gula (saya gunakan 340 gm)
4 biji telur
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh vanilla ( saya gunakan vanilli)
4 sudu besar susu cair (sejat)
3 cawan pisang yg dilecek (saya gunakan pisang raja)
2 cawan tepung (diayak) - saya gunakan 240 gm tpg gandum
1 sudu teh bic of soda
1 sudu teh baking powder
Kacang walnut, macadamia,pecan (optional) - saya gunakan 50 gm hazelnut

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus pukul. Kemudian masukkan, vanilli, susu dan garam. Kacau rata.
3. Selepas tu, masukkan pisang lecek tadi dan gaul.
4. Akhir sekali, masukkan tepung lalu digaul hingga sebati.
5. Bakar di dalam ketuhar yg telah dipanaskan pd suhu 180 C utk selama 45-50 minit atau sehingga masak.


Award dari kacamata...


Gantung award lagi kite...terima kasih buat kacamata yang sudi menghadiahkan award ni untuk kita ..semuga ikatan persabatan kita akan berpanjangan....selamat maju jaya buat kacamata...luv u..