BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 28, 2009

juadah berbuka hari ke 7 ramadhan n resepi cheese brownies

Asam pedas ayam

bawal putih kukus

peria goreng

cheese brownie ( buruk rupanya sbb tangan menggigil almaklum puasa hihi..alasan.)


Alhamdulillah selesai juga memasak hari ni..lepas masak rasa lembek lutut ..menggigil ligat sangat kot tadi....besuk insyaAllah nak gi ziarah MIL di teluk intan tu yang kita buat cheese brownie 2 bekas satu untuk buka ptg ni sambil pulangkan bekas jiran2...dan sebekas tu bawa balik kg..
diatas permintaan teman blogger ( lyn) kita sertakan disini resepi cheese brownie harap lyn cubalah nanti ye..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah

.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




resepi kita c&p dari blog cm ..tq

Wednesday, August 26, 2009

Juadah bersahur...

telur dadar ( wajib)
kalau rajin hiaslah sikit
dalam kuali terlebeh rajin amek gambar..


Assalamualaikum..rasanya semua dah ready nak siapkan makanan berbuka tapi kita tak mula lg pun...sedap sangat tidoq lepas subuh tadi...pastu bermalas2 sambil layan tv sat n terus ngadap pc..asek dok citer pasal buka je hari ni saja nak tayang juadah bersahur.. yang paling laku kat umah ni ialah nasi goreng hari2 pun tak pe tapi tu anak2 lah bapaknye pulak makan yogurt, biskut oat n honey (senangkan) sebenarnya suami kita ada masaalah dalam perut makan kena jaga sikit tak boleh yang pedas n keras.kita pulak tak banyak cengkadak apa2 pun boleh tolak batu dgn kayu je..mudah2an teruslah mcm ni kalau dua2 berpenyakit siapa nak jaga siapa..

selamat berpuasa..selamat berbuka dan selamat bersahur semua..

Monday, August 24, 2009

yok layan juadah buka puasa semalam....

puding buah
simple bakso tiru sue joshua
udang galah masam manis
masam tempoyak ikan kembung


Salam ...layan gambar dulu eh..resepi kemudian kita nak gi gulatis jap tenguk2 apa yang patut..

Sunday, August 23, 2009

kari tulang dengan rebung



Assalamualaikum... semuga semuanya sihat sejahtera didalam menjalani ibadah puasa..
semalam kita sempat memasak kari tulang dengan rebung..pertama kali kita makan lauk ni ialah dirumah bakal besan ( insyaAllah) dilangkawi..sangat sedap maklumlah makan kat rumah orang ..anak2 kita yang tak suka makan kari pun terus jatuh cinta dengan masakan kari ni..selalunya kita masak kari daging dengan kentangkan tapi cubalah pulak kita tukar kentang kepada rebung

bahan2
2 kg tulang lembu( kita campur dgn daging cincang)- rendam dgn air tepung gandum utk hilangkan bau hamis daging
2-3 ketul rebung kuning( apa2 jenis pun boleh tp jgn yg jeruk ..berbau)
rempah penumis
daun kari
bawang merah/putih/halia - dikisar
3 sudu makan cili kisar
lengkuas- ketuk
5-6 sudu makan rempah kari daging- bancuh dgn air
2 sudu sos tomato
1 cwn santan pekat
air asam
kerisik
air
garam/serbuk perasa /gula
minyak

panaskan minyak masukkan rempah tumis dan daun kari-hingga naik bau
masukkan bahan2 yg dikisar ,lengkuas dan cili giling - hingga masak / garing
masukkan rempah kacau dan tambahkan sedikit air biar seketika hingga rempah betul2 masak
masukkan sos tomato - kacau selalu
masukkan tulang / daging tambah air sedikit hingga daging tenggelam - besarkan api bila mendidih kecilkan api ketahap minima tutup periuk biarkan merenih hingga daging empuk ( kita masukkan sudu makan ikut petua supaya daging cepat lembut)
bila daging dah lembut masukkan santan /asam jawa / kerisik
masukkan rebung garam /gula/serbuk perasa
bila rebung dah lembut bolehlah diangkat dan dihidangkan.


SELAMAT BERAMAL

Wednesday, August 19, 2009

Kek kurma resepi dari majalah Rasa ..september..





Assalamualaikum...petang2 ni sedapkan kalau ngunyah2 sambil nenguk tv..lusa dah puasa tak de chan lg hehe....kita buat benda lain yang lebih berfaedah lah pulak kan.
.
masa kemas2 peti ais semalam kita jumpa sebekas kurma entah zaman bilalah punya ..kebetulan baru beli majalah rasa dan ade pulak resepi kek kurma..kita yang tak berapa rajin ni gagahkanlah diri untuk buat kek ni sebab nampak cam sedap je dalam gambar tu tapi memang tak mengecewakan ..sedaplah ..ok layan resepinya ni eh..senang je..

Kek mentega kurma
BAHAN-BAHAN
250 g mentega
250 g gula halus ( kita kurangkan ke 200g )
5 biji telur
250 g tepung naik sendiri ( kita tambah 1/2 tsp baking powder-ayak bersama)
5 biji kuma ..saiz besar cincang halus rendam dengan 2 sudu makan susu segar selama 1 jam(kita lebihkan susu kepada 6 sudu tu yg kita tambah baking powder pada tepung supaya kek naik gebu dan lembab)
1 tsp vanilla ( saje tambah)

CARA MEMASAK
1- putar mentega dan gula hingga kembang
2-masukkan telur satu demi satu
3- masukkan tepung
4 masukkan buah kurma dengan susu sekali
5-masukkan semua adunan ke dalam loyang
6-bakar pada suhu 180 c selama 40 min.

SELAMAT MENCUBA..

Kad ucapan ramadhan dari teman2 ..t.ksh

kad dari kaknor

kad dari Aymy



Kad dari Siti


Kad dari Seri


Kad dari mimieloma


Kad dari Ct Delima

kad dari Anawahid

kad dari Ayu



Salam ramadhan almubarak dari saya sekeluarga buat rakan2 blogger terutama buat semua 81 follower saya...semuga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang bulan yang mulia ini..doa dan harapan juga agar sinar ramadhan pada tahun ini dapat meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan seterusnya melipatgandakan ibadah dan membanyakkan sedekah dan jauhi dari pembaziran yang sepatutnya tidak berlaku diwaktu gawat sekarang ini....

terima kasih buat semua pengirim2 kad diatas maaf andaikata terlewat menayang...luv u alls...

Sunday, August 16, 2009

MURTABAK SINGAPORE....





Assalamualaikum...apa khabar semua? didoakan agar sihat dan ceria selalu disamping menjalankan tugas dan tanggungjawab masing2...

Hujung minggu lalu kita sekeluarga pulang kekampung di johor bahru..dah lama tak balik..rindu sangat pada kampung halaman dan keluarga ... yang paling dirindui ialah makanan disana..
diantara makanan yang mesti kita cari ialah mertabak spore...selalunya kita beli di tepi laut ..pantai lido tapi tak sempat jadi kali ni kita beli dikampung melayu majidi..rasanya sikit lebih kurang sama je cuma tak lapik dengan daun pisang kalau yg ori punya di spore dulu2 selepas dilapik dengan daun pisang mertabak ni dibungkus dengan upih pinang..rasanya mak datuk aiii..memang sedap giler..mee goreng dulu2 pun macam tu jugak dibungkus dengan upih pinang..tapi tu cerita lama dah tak jumpa dah sekarang ni...

jadi diseru disini pada sesiapa ( org luar johor)yang berkesempatan ke ke jb cubalah rasa mertabak spore ..anda akan rasa perbezaannya dari mertabak2 ditempat lain terutama mertabak2 yang dijual di pasar malam sekitar KL ..jauh bezanya...jangan marah ye...babai..

Tanda ingatan dari teman2...t.ksh semua..






Terima kasih yang tak terhingga buat teman2 yang sudi memberi award pada kita..sesungguhnya kita sangat menghargai ingatan dari kalian semuga persahabatan kita akan tetap kekal sampai bila2 insyaAllah....salam sayang kasih dan mesra istimewa dari kita buat
1..linda
2..kakintan
3..HaSue
4..eryn
lebiuuuuuuuuuualls....

Wednesday, August 12, 2009

bingka labu

Salam ...doa dan harapan agar semua kawan2 dan keluarga sihat walafiat...dijauhi dari bala penyakit yang melanda negara kita diwaktu ini....

Sebenarnya dah lama sangat kita teringin nak buat bingka labu...tapi keadaan dan masa selalu saja tak mengizinkan..semalam kita free sikit dan semasa pergi pasar nampak pulak buah labu..apalagi kita pun beli dan stat projek membingkakan labu tu..

Sumber dari myResepi.Com...c/p dari umah Ct delima..tq ct..

Bahan-bahan: (Untuk acuan bulat berlubang tengah berukuran 35cm)
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (boleh juga guna santan kotak)
200 gm tepung gandum
180 gm gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 gm labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus

Cara-cara:

1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2.Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi. (ct guna loyang biasa jer)
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Monday, August 10, 2009

Pie kentang ..





Baru2 ni kita bertandang kerumah kawan baik kita kak nah @ cm...kita dihidangkan dengan pie kentang ..rasanya sangat enak..apalagi kita pun mintalah cm ajar camne nak buatnya..seminggu jugalah perap resepi tu ..tadi kita agak free dan cubalah buat pie kentang ni Alhamdulillah jadi pun...tq kak nah...oleh kerana resepinya main agak2 je jadi kita tak tayang kat sini..tapi jika ada permintaan kita tak akan hampakan dan kongsi resepi tu sama2 ...salam semua.

inilah resepi pie kentang seadanya...pakai agak2 sendiri tau..

bahan inti

minyak jagung -untuk menumis
bawang besar- di cincang
kentang- potong kiub
daging atau isi ayam cincang
cendawan butang- potong kiub
susu segar-3/4 cawan kalau guna 6-7 biji kentang
2 sudu besar tepung gandum
lada hitam serbuk pati ayam gula dan garam secukup rasa.

cara buatnya lebih kurang macam buat inti karipap..

tumis bawang hingga layu masukkan daging/isi ayam biar sekejap masukkan kentang ,cendawan kacau rata masukkan susu dan tepung juga semua perisa kacau selalu supaya tak berkerak bila dah agak kering dan kentang dah lembut tutup api..masukkan inti didalam bekas pie dan paipkan topping diatasnya..bakar dlm oven lebih kurang 20 min dengan suhu 120c atau hingga toppingnya keperangan...anak2 kita siap tabur cheese lagi kat atasnya..

topping

tepung kentang
air
lada hitam serbuk pati ayam dan garam

bancuh semua bahan dengan air agak2 sebab kita akan masukkan dalam piping bag dan gunakan nozel bintang untuk di pipekan ke atas inti kentang tadi...rasanya semuanya terror2 n faham cara nak buatnya kan..so cubalah ye..

Thursday, August 6, 2009

jom buka puasa sama2


kek oren di belangkan



ikan tenggiri masak taucu


ayam masak senang ( masakan paling senang )

sambal tumis ikan bilis petai

kacang panjang goreng





resepi kek oren

250g butter
160g gula
5 biji telur
240g tpg kek *
1/2 tsp baking powder*
2 biji limau (parut kulit dan ambil airnya)
1 tsp vanilla ( jika suka)
* diayak bersama

cara membuatnya

1. pukul butter dgn gula - hingga kembang
2. masukkan telur sebiji2 - pukul lagi hingga sebati
3.masukkan tepung berselang seli dengan air limau
4. masukkan vanilla dan kulit limau
5. gunakan loyang 8 ' bakar selama 50 min dengan suhu 120 c atau ikut oven masing2.

Tuesday, August 4, 2009

Asam pedas ikan parang dengan sawi jeruk



Assalamualaikum semua...hari ni rasa bertenaga sikit untuk menaip..sejak balik dari ' bercuti' dua hari yang lalu kita tak berapa sihat dan letih yang teramat sangat..terima kasih pada kawan2 yang masih sudi singgah umah kita dimasa ketiadaan kita .. lebiualls..muahhh..

..lauk asam pedas ni telah dimasak oleh kakak ipar tersayang ( isteri abang) sewaktu datang
kerumah kita baru2 ni..masa kecik2 mak kita selalu masak lauk ni..asam pedas yang agak cair dicampur dengan jeruk sawi yang dibuat sendiri kadang2 sawi jeruk diganti dengan hirisan nenas..masyaallah memang sedap sungguh air tangan arwah mak ..rindu sangat-sangat.huhu..