BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 28, 2009

terima kasih daun keladi Inahar





terima kasih yang tak terhingga dari el buat teman yang sorang ni ...semuga perkenalan kita tidak habis disini saja tapi akan kekal sampai bila2 ye...mekaseh awak..

Tuesday, February 24, 2009

cheese tart


salam...setelah terliur tengok tart inahar anak dara el teringin nak buat jugak so lepas puas berehat tadi dia pun mulakan projek tartnya tu dengan menggunakan resepi mrs Tan..tapi hasilnya comot sikit namun begitu rasanya tetap sedap( puji sket kang lajuk pulak kak chik ni)


resepinya

240 g tepung
45 g tepung jagung
75 g gula ising
150 g mentega
2 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanilla
secubit garam

ayak tepung, tepung jagung,gula dan garam.
mentega sejuk di potong kecil dan gaulkan dgn tepung campurkan kuning telur vanilla-jadikan doh.rehatkan dalam peti sejuk 10 minit..masukkan(tekan2) dalam acuan tart cucuk2 dengan garfu bakar 15 minit..keluarkan, isikan dengan filling cheese dan bakar lagi kira2 10 minit.

cheese filling

250 g cream cheese
20 g butter
70 g gula castor
1 biji telur

putar cheese dgn butter hingga gebu tambah gula putar lagi hingga gula hancur masukkan telur putar hingga semuanya sebati...selamat mencuba dan semuga berjaya.

Monday, February 23, 2009

asam pedas ikan terubuk




walau pun ikan terubuk ni banyak tulang tapi rasanya sangat sedap..selalunya ikan ni di panggang tapi biasalah orang johor nak masak asam pedas jugak..kuahnya mesti pekat2 dan pedas barulah terangkat...so hari ni lepas lunch tadi tak leh nak bangun kena mintak tolong mak su tarik sbb makan banyak sangat..tak payahlah nak bagi resepi kat sini ye sebab semua dah tau masak asam pedas ni kan...

Ayam masak rebah bangun

lauk ni dimasak minggu lepas

ayam rebah bangun ni lebeh kurang sama je dengan ayam masak lemak cili api atau masak lemak kuning cuma el lebeh suka gunakan nama yang diatas tu sebab mengingatkan el pada keluarga el di kampung ....selain dari ayam, daging juga sedap dimasak rebah bangun ni...
el rasa semua orang dah tau resepinya tapi saja gatal tangan nak tulis jugak...

1 ekor ayam _ di potong bersihkan dan gaul dgn garam kunyit kemudian goreng separuh masak

1 biji bawang merah cili api( ikut suka) sedikit halia kunyit lengkuas - dimesin

2 batang serai - diketuk

2 helai daun kunyit disiat

1/2 kg santan

1 kg kentang

garam dan serbuk perasa secukup rasa

masukkan bahan2 yang dimesin serai dan daun kunyit kedalam periuk tambahkan sedikit air. masak hingga mendidih masukkan kentang. bila kentang hampir empuk masukkan ayam biarkan beberapa minit kemudian masukkan santan kacau dan kecilkan api akhirnya masukkan garam dan serbuk perasa..siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sunday, February 22, 2009

BUBUR NASI & SAMBAL GELODOK






Sesekali makan bubur nasi ni memang menyelerakan tapi yang menjadi masaalahnya pulak perut cepat lapar dan terpaksalah ulang makan berkali-kali...dikampung el bubur nasi ni dimakan bersama telur masin sayur kangkung goreng dan sambal gelodok...pelikkan nama sambal ni tapi percayalah rasanya memang sedap dan ngam betul kalau dimakan dgn bubur nasi ni..

Untuk mendapat rasa yang lebih sedap dan disukai anak2 bubur nasi ni el masak dgn dicampurkan bersama sosej(potong kecil), bawang merah ( dihiris) bawang putih & halia( diketuk) sedikit serbuk lada hitam, kiup ayam, sedikit minyak bijan dan garam secukupnya.

Untuk menyediakan sambal gelodok pula kena sediakan bahan2 dibawah ni.

4 biji cili merah
30 biji cili api
2 biji bawang merah
1 cm belacan( kalau tak ada resdung lebih sikit lg ok.. hihi)
100 g ikan bilis
1 sudu makan gula

cili merah cili api dan bawang dipotong setelah itu digoreng bersama ikan bilis dan belacan jangan terlalu garing atau terlebih goreng bimbang nanti pahit pulak sambalnya..kemudian tumbuklah semua bahan tadi bagi yang rajin dan blend saja bagi yang tak berapa nak rajin bersama gula ..dah siap bolehlah dihidang dan dimakan bersama bubur nasi tadi..sekian.

kek dari cikmanggis


terima kaseh cikmanggis...akan el kenang dirimu sampai bila2..bersyukur sangat dikurniakan seorang sahabat sepertimu.harapan el semuga persahabatan kita tetap mekar dari dunia hingga akhirat.

Saturday, February 21, 2009

THANX INAHAR




daging goreng minachi



Daging goreng minachi ni adalah masakan yang mudah untuk disediakan . sungguh pun begitu rasanya amat sedap suami dan anak2 el sangat menggemarinya.selain makan dengan nasi sedap juga kalau dimakan bersama nasi himpit atau lemang.. darimana timbul nama minachi el kurang pereksa pulak mungkin juga kerana warna masakannya yang agak gelap kot..wallahuwa'lam
jadi kalau ingin nak merasa silalah mudah je layaaan...

1 - 1 kg daging dihiris nipis gaul dgn garam dan kunyit
2 - 30 tangkai cili kering-jika nak pedas lebihkan sikit*
3 - bawang merah bawang putih sedikit halia*
4 - 1/4 cawan kicap manis
5 - cuka garam dan gula secukup rasa
* dimesin

letakkan daging dalam kuali tambahkan 3 cawan air renihkan sehingga daging empuk dan airnya kering ketepikan daging masukkan 1 cawan minyak masak bila dah cukup panas tumiskan bahan yang telah dimesin hingga cukup masak dan pecah minyak masukkan semula daging tadi masak lagi masukkan kicap manis cuka dan garam secukup rasa kalau nak lebih hitam tambahkan kicap lagi..masak hingga kering dan siap untuk dihidangkan..cubalah.

Friday, February 20, 2009

honeycomb cake resepi kak nah

gambar agak gelap sebab tak pro lagi.


Honeycomb cake atau disebut juga kek gula hangus merupakan diantara kek kegemaran el resepi ini telah diberi oleh sahabat baik el puan sapinah atau kak nah...kak nah ni boleh dikira macam sifu el...t.ksh kak nah sebab banyak menurunkan ilmu memasak pada el ..semuga hidup kak nah sentiasa ceria dan di pelihara Allah hendaknya.amin...
dibawah ni el sertakan resepi kek ini untuk semua yang ingin mencuba...trylah memang tak nyesal punya..
bahan2
1-2 cawan gula
2-2cawan air panas
jadikan gula hangus
3-250g butter- masukkan kedalam gula hanggus yang sedang dimasak kacau bila dah cair tutup api dan sejukkan sebentar
4-8 biji telur -dipukul hingga kembang
5-3/4 tin susu pekat-dimasukkan ke telur yang dah kembang dan pukul lagi hingga sebati
6-2 cawan tepung gandum di ayak bersama 1 sudu teh bikarbonate soda
7-campurkan semua sekali kacau dan tapis.masukkan dalam acuan dan bakar. untuk mendapat kek yang lebih lembut biarkan selama kira-kira 2 jam sebelum dibakar.
8-bakar pada suhu 120 c selama 1 jam.

chocolate cake kak chik




Hari ni kak chik buat kek lagi..kali ni untuk anak saudara el syuhada sejak kak chik ada kat umah rehatlah sikit el (gantung apron) tapi biasalah orang baru belajar adalah terkurang disana sinikan...





Thursday, February 19, 2009

daging goreng halia


Salam...hari ni el masak ringkas2 je malas nak gi pasar apa yang ada kat umah itulah yg dimasak
kalau nak cuba silakan..resepinya..
1 kg daging-hiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
10 biji cili api siam
halia muda secukupnya( el guna agak banyak hiris dan rendam degan air)
1 peket fresh green peas(sebab ada kat umah)
bunga kobis
2 biji cili merah( untuk nampak cantik je)
3 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar sos ikan*
sedikit minyak bijan*
1 sudu kiup pati ayam*
1 sudu makan gula *
1sudu makan tepong jagung*
2 sudu besar kicap cair*
* disatukan dan di bancuh dengan 2 cawan air
2sudu makan air limau

masukkan daging dan satu mangkuk air ke dalam kuali dan renihkan selama 1 jam or hingga daging lembut dan airnya kering.. ketepikan daging dan masukkan minyak tumis bawang putih
masukkan campuran yang di bancuh tadi kacau sebentar bersama daging bila dah sebati masukkan sayur2an dan air limau ...tutup api dan bolehlah di hidangkan dgn nasi panas

Tuesday, February 17, 2009

donut kentang


Bagi penggemar2 donut cubalah rasa donut kentang pulak ..el buat donut ni bila seorang anak angkat el Ana (tak lama lg jadi menantu sedara kot) bagitau mak dia selalu buat donut campur kentang so el campurkanlah kentang dalam resepi donut el ni...boleh tahan juga rasanya tau...

bahan A
300g high protein flour
200g tpg gandum
20g susu tpg
60g gula
3 1/2 tsp yis kering
1/2 tbs baking powder
10g garam
3-4 biji kentang(rebus dan dimesin dgn sedikit air)

Bahan B
2 biji kuning telur
150g air sejuk tambah lagi air hingga cukup lembut( el guna susu segar)

Bahan C
50g shortening / butter

Campukan semua bahan A gaul rata masukkan kentang dan telur gaul lagi kemudian masukkan air uli hingga cukup sukatan air masukkan shortening uli hingga lembut..biarkan kira2 1/2 jam bentukkan bila dah naik goreng dan taburkan gula halus..atau sapukan coklat diatasnya..

Monday, February 16, 2009

kek kak chik untuk kak chim








kak chik ni panggilan baba dia buat anak perempuan el yg kedua el panggil emim je walau pun tak beberapa rajin tapi minat sangat buat kek dan biskut. kek diatas tu adalah cheese cake pertama yang dibuatnya di harijadi kakaknya yg ke 22 tahun..
el bagi dia resepi yang paling simple untuk di cuba..bagi sesiapa yang baru nak belajar buat cheese cake ambillah resepi ni yang el belajar dari guru el mrs Tan..
Bake cheese cake.
500g cream cheese
150g gula castor
5 biji telur
100g whipped cream
2 tsp lemon juice
base sponge cake or digestive biscuit dihancur dicampur dgn 30g sugar 15g coco powder dan
120g melted butter(campur semua tekan2 atas loyang dan sejukkan sekurang2nya1 jam

1-cream sugar and cream cheese until creemy( agak lama)
2-Add in eggs one at a time
3-Add in whipped cream and lemon juice( pukul lagi until well mix)
4-tuang dalam loyang tadi and bake at150 c for 1-1 1/4 hours.(loyang hendaklah di balut terlebih dahulu dgn alluminium foil dan di bakar diatas loyang yang berisi air panas)

Topping
200g whipped cream
90 g fresh milk
pukul kedua2nya sehingga kembang dan gebu.

sup orang demam




semenjak dua menjak ni cuaca cukup panas anak2 dan bapak budak kat umah ni tak berapa sihat selsema sakit tekak dan batuk..jenuh juga tukang masak ni nak memikir apa yang nak dimasak...pikir punya pikir dapatlah idea sup ni...walau pun nampak simple je tapi sekali kena pasti nak lagi(tapi tunggu demam lah) nak buatnya senang je sediakan bahan2 seperti dibawah ni.
5 biji kentang
1 peket suhun *
3 keping tauhu kering*
6keping cendawan kering*
300g daging @ isi ayam
1 biji bawang merah(dihiris)
3 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh minyak bijan
sedikit minyak untuk menumis
1 biji telur( dipukul)
kicap cair(menggantikan garam)
* rendam hingga lembut dan potong
masukkan minyak masak bersama minyak bijan bila cukup panas tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi masukkan daging atau isi ayam yang dihiris nipis masukkan lada sulah dan sos tiram kacau sebentar masukkan kentang kacau lagi masukkan air tutup periuk bila dah mendidih masukkan suhun tauhu kering dan cendawan perisakan dengan kicap cair dan serbuk pati ayam akhir sekali masukkan telur yang telah di pukul tadi terus tutup api tapi terus mengacau sebentar...selamat mencuba.

Saturday, February 14, 2009

kek oren & nasi goreng udang cendawan



Pagi2 lagi tadi ada yang teringin nak makan kek..so bila bukak peti ais nampak ada buah oren tiga biji el pun terus jelah buat kek oren ni...pukul 9 pagi kek dah ready. bersarapan kek lah kami hari ni..bagi yang teringin nak mencuba dibawah ni el sertakan resepinya.

375g butter
200g gula
7 biji telur
350g tepung naik sendiri(tambahkan 1/2 sudu teh baking powder supaya kek tak turun dibahagian dasar)
3 biji limau sunkist(parut kulit dan perah airnya)
cara membuatnya.
pukul butter dengan gula hingga kembang masukkan telur sebiji2 masukkan tepung berselang seli dengan air limau akhir sekali masukkan kulit limau.bakar pada suhu 150 c selama 50min.





malas pulak nak masak lauk so tengahari masak nasi goreng jelah ..bahan2 yang ada udang dan cendawan jadilah nasi goreng udang cendawan..kalau nak mencuba silalah ok gak rasanya..

bahan2nya
4 cawan nasi
10-15 ekor udang
2 biji telur
6 keping cendawan shitake(rendam dgn air panas bila dah kembang perah airnya dan potong kecil)
3 ulas bawang putih
sebiji bawang merah
5 biji cili api
sedikit pati ayam, lada sulah
3 sudu besar sos tiram
kicap cair
1 sudu minyak bijan(di campur dgn minyak masak semasa menumis)

tumis bawang putih dan bawang merah bila dah naik bau masukkan sos tiram lada sulah pati ayam dan udang kacau sebentar hingga udang masak masukkan cendawan, cili api kemudian pecahkan telur kedalamnya dan masukkan nasi kacau rata el gantikan garam dengan kicap cair so masukkan kicap secukup rasa..




.

maryam dan mimi, haziq dan kitty.




Inilah gambar anak kucing maryam..yg dilahirkan pada 17.12.08..namanya mimi..dah besar dah dan comel..emaknya pula si kitty ..mimi ni anak sulung kitty adiknya lili mati semasa dilahirkan.Yang tengah mengendung kucing2 ni ialah haziq dan maryam jameela.
mereka berdua ni ialah anak saudara el yang sangat el sayangi..maryam ni memang sukakan binatang dia ni rajin walau pun baru berumur 9 tahun tapi dah boleh diharap..dialah yang jadi mak bidan kitty..hehe(sorry eh dik) nak tau maryam ni dah pandai masak nasi,jemur kain ,basuh pinggan dan yang paling best pandai buat lempeng..(rehatlah sikit mak dia tu)
Haziq pula abang kesayangan maryam mereka berdua ni memang best friend...(ye ke) dia ni pun rajin setiap pagi bila mak dia celik mata dah tersedia sarapan diatas meja...bilalah lagi nak balik kampung ek....

Thursday, February 12, 2009

mak su yang istimewa dan cream sauce pasta.





Mak Su itulah panggilan untuk insan yang di lahirkan istimewa ini..dia merupakan satu2nya adik el umurnya 44 tahun tinggal bersama el dah 22 tahun sejak kedua ibu bapa kami meninggal dunia . walau pun dah berusia tapi pemikirannya macam budak2 sekolah rendah, boleh diharap juga mak su ni dia suka sangat menjemur dan melipat kain (pekerjaan yg paling el tak minat so selamatlah hehe) Dialah peneman setia el dirumah dan sangat ambil berat pada anak2 el..sifat keanak2annya tu menjadi hiburan buat kami sekeluarga...dia boleh menyanyi,menari,bersilat,tiru gaya artis dan macam2 lagi..baru2 ni mak su frust sangat bila mawi kahwin sebab dia syok sangat kat mawi..(ada taste juga dia ni..bila el kenen2 dgn sesama down sindrom tak nak pulak) kalau dia tak ada kat rumah el lah yang paling sunyi sekali selain dari kena lipat kain tak ada orang yang akan sediakan air dan ubat2 el, teman main dam n uno game dan dialah yang akan disisi el sebelum el tidur untuk selimutkan pasangkan lampu tidur dan tutup lampu bilik jangan salah faham, bukan el buli dia tapi memang dia akan buat kalau tak bagi dia tak puas hati. InsyaAllah el akan menjaga amanah Allah ini selagi hayat dikandung badan mudah2an Allah akan panjangkan umur mak su dan sihatkan tubuh badannya(maksu ada kenching manis) dia hanya minta perlindungan dan kaseh sayang je dari kami sekeluarga.. Pasta ni merupakan makanan kegemaran mak su oleh kerana dia tak bolih makan makanan pedas jadi el selalu buatkan cream sauce pasta untuk dia yg istemewa ini.




resepi cream sauce pasta

250g pasta- didihkan air campurkan sedikit butter or minyak masukkan pasta sehingga lembut kemudian toskan.
untuk sauce.
2 sudu besar mentega
2ulas bawang putih
1/2 biji bawang
10 ekor udang sederhana*
3 ekor sotong putih(potong kecil boleh juga di ganti dgn isi ayam)*
3/4 cwn light cream(heavy cream or susu segar pun boleh)
sedikit tpg jagung(utk memekatkan kuah)
sedikit kiup ayam sebagai perisa
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah/hitam(mana2 pun boleh ikut citarasa masing2)
sedikit parsley kering atau oregano,thyme pun boleh.
garam secukup rasa
*Direbus terlebih dahulu.

Panaskan mentega tumis bawang putih dan bawang merah hingga sedikit layu masukkan
cream/susu dan semua bahan perisa bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dgn air masak dan tutup api .letakkan udang dan sotong tadi diatas pasta dan siramkan cream sauce kalau nak sedap lagi taburkan parmesan cheese..

Wednesday, February 11, 2009

KARI IKAN MASIN

Sunday, February 8, 2009

cream puff n gulai ikan masin utk yg tersayang.


Dah lama anak2 minta buatkan cream puff tapi el bolayan je.. dah namanya mak tak sampai hati pulak ...jadi el gagahkan diri utk memenuhi selera anak2(yg pasti maknya mkn lebih hehe) bapaknya pulak bole tahan juga bab order mengoder nak mkn gulai kari ikan masin katanya el pun teringin gak so cepat2 masuk dapur..dibawah ni el paparkan resepi kedua2nya utk tatapan semua...



cream puff

600ml air
225g mentega
340gtpg gandum
450g telur(10 biji telur gred B)
secubit garam
1-didihkan air
2-masukkan mentega
3-masukkan tepung kacau hgga tak melekat -biarkan sejuk
4-bila dah sejuk camkan telur than mix guna mixer.
5-pipe on tray dan bakar selama 20 min pada suhu 150c.

filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.


kari ikan masin

300g ikan masin talang or ikan merah kurau pun sedap(rendam dengan air garam dlm 30min petua dari mak el utk hilangkan masin ikan mmg berkesan)
bawang merah,bawang putih,halia dan sebiji tomato dimesin
5sudu makan rempah kari ikan el guna cap tarbus
air asam jawa, sedikit santan ,beberapa helai daun kari
garam secukup rasa(tak bubuh pun tak pe) perisa jika suka.
2 biji terung dan 2biji buah tomato.
cara: tumis daun kari ,masukkan bahan2 yg di mesin hgga wangi kemudian masukkan rempah yg telah dibancuh dgn air, masak sampai pecah minyak masukkan air asam jawa dan santan bila mendidih masukkan ikan, masak sebentar akhirnya masukkan terung dan buah tomato..sesekali pekena lauk ni dgn nasi panas terangkat beb..klu tak percaya cubalah.

Friday, February 6, 2009






salam pengenalan buat semua...disini el mulakan dengan menu ringkas minum petang kami sekeluarga tadi chocolate chip emim yg dibuat olih anak dara el (dah bolih harap) hehe..
resepinya mudah je tp rasanya ok la sedap n rangup.bagi yang ingin mencuba silakan..

bahan2 nya:
250g butter
1cwn gula perang
1biji kuning telur
1 1/2 serbuk koko
1/2 sudu besar milo
1 cwn badam kisar
1 cwn gajus kisar
chocolate chip -secukupnya
vanilla
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1cwn tepung jagung
cara membuatnya sama je mcm biskut2 yang lain.