BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 8, 2009

Dah lama tak masak beria..

kerutup terubuk
sayur lemak pucuk meranti


Lepas2 raya ni asyik masak campak2 je..janji bolih makan ..Ada juga terpaksa masak beria-ria sampai nak demam dibuatnya bila kawan2 anak kita datang beraya tapi tak sempat pulak nak menayang kat sini sibuk terlampau hingga lupa nak ambil gambar..walau pun penat tapi seronok tenguk mereka makan bersungguh2.
pucuk meranti..rupa2nya sangat sedap dimasak lemak ..nilah kali pertama kita masak terus jatuh cinta.. dikawankan pulak dengan ikan terubuk goreng kerutup tak bolih berhenti makan ..laju semacam.. kena orang azan kat telinga baru bolih berhenti ..hehe dasyat betul pukulan sayur ni ..nanti nak masak lagilah tapi tak bolih selalu..lemak2 ni bahaya..

Sunday, October 4, 2009

UNDANGAN BUAT SEMUA.....



Assalamualaikum ..harapan dan doa semuga sahabat2 semua didalam peliharaan Allah hendaknya..
Sudah agak lama kita tidak bersiaran ..masih ingat lagi ke semua kat diri ini...hehe sebenarnya kita agak sibuk banyak sangat perkara yang perlu diurusi..
InsyaAllah jika diizinkan Allah kita akan mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena pernikahan anak sulung kita pada 14 hb nov dikampung halaman kita di johor dengan rendah hati kita sekeluarga menjemput kawan2 yang berkelapangan untuk hadir kemajlis kami..
terima kasih..

Saturday, September 12, 2009

salam Aidilfitri.......nak cuti..

ASSALAMUALAIKUM WRT....

Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua sahabat-sahabat disini didoakan semuga berbahgia dihari yang mulia ini.
jika diizinkan Allah kita sekeluarga akan pulang berhariraya pada hari sabtu 19 september ke teluk intan perak dan bergerak pula ke johor bahru pada hari raya pertama selepas selesai solat hari raya maknanya kita habiskan hariraya pertama di lebuhraya..
oleh kerana terlampau banyak kerja dan tugasan yang perlu dibereskan terpaksalah kita bercuti siaran buat sementara waktu insyaAllah selepas hari raya nanti kita akan bersama semula....
WASSALAM

Thursday, September 10, 2009

Peha ayam goreng rangup berempah


bahan2
5 ketul peha ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu makan kunyit
3 biji bawang merah
4 bawang putih
2 cm halia
2 sudu kecil cili serbuk
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar tepung jagung

sukatannya agak2 lah ye mengikut kuantiti ayam..

bersihkan ayam
bawang merah bawang putih dan halia - dikisar
gaulkan ayam dengan semua bahan dan perap kira2 1 jam ( lebih lama diperap lagi sedap)
goreng ayam hingga keperangan masak dan garing..

selamat berpuasa semua.

kad2 raya....terima kasih









kad dari Aymy
Kad dari Azura
kad raya dari love
kad dari mamasyaza
kad dari HaSue
kad dari mimieloma
kad dari deeja
kad raya fiza nordin


kad raya maz

Tuesday, September 8, 2009

labu masak lemak sambal udang tauhu dan tempe.






Salam ramadhan dan selamat berpuasa buat semua..didoakan agar kawan -kawan sihat dan sejahtera disamping menjalankan ibadah dibulan yang mulia ini..ramadhan semakin menghampiri kepenghujungnya terlalu amat cepat ianya berlalu ...
Terasa kosong meja makan diwaktu berbuka semalam anak-anak dah kembali kedestinasi masing2 tinggallah kita 2..3 kerat kat rumah ni nak masak pun dah kurang mood..tapi kena juga masak kalau tak nak makan apa pulak kan...so semalam masak sesempoi yang boleh dan malas nak kepasar masak apa yang ada kat dalam petiais tu ...untuk hari ni pulak masih no idea...

Monday, September 7, 2009

Nasi daging....puding caramel







resepi puding caramel

10 biji telur
1 tin susu pekat ( 1/2 tin pun dah ok)
1 tin susu cair ( kita guna susu segar)
secubit garam
1 tsp vanilla
1/2 cawan gula pasir - buat caramel

ini cara kita..
masukkan gula kedalam loyang naikkan keatas api yang kecil kacau hingga keperangan - ketepikan
masukkan telur susu pekat susu cair garam vanilla kedalam blender dan blend dengan kelajuan perlahan hingga semua bahan sebati
tuangkan kedalam loyang caramel tadi tutup loyang dengan alluminium foil.
kukus selama 45 min..

nasi daging

4 cawan beras basmathi ( rendam 30 minit sebelum dimasak)
4 cawan air rebusan daging
1 1/2 cawan tairu @1 tin susu cair campurkan air limau nipis
rempah penumis ( kayu manis bunga lawang bunga cengkih buah pelaga)
bawang merah,,bawang putih dan halia - dikisar
2/3 sudu besar minyak sapi / mentega/ minyak jagung.
2 helai daun pandan
garam ..kiup pati lembu
daun saderi /bawang
bawang goreng

panaskan minyak masukkan rempah tumis
masukkan bahan2 yang dikisar - hingga wangi
masukkan air dan daun pandan..kiup lembu..garam
bila air mendidih masukkan beras
bila beras hampir nak kering masukkan tairu kacau rata..
biarkan hingga nasi masak..
hidangkan bersama gulai daging atau daging rebus dengan air asam

Sunday, September 6, 2009

kad raya pertama

Assalamualaikum..terima kasih diucapkan buat Maria ..kita pun ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin istimewa buat Maria sekeluarga ..semuga Maria berbahgia selalu hendaknya..

Saturday, September 5, 2009

sardin sotong & ikan goreng...




Assalamualaikum..rasanya semua sudah mula sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya..terutama menyopping baju raya untuk anak2 suami dan diri sendiri...kita taklah sibuk sangat sebab anak2 dah besar boleh beli sendiri ..suami pula jenis tak kesah sangat pakai saja yang mana ada untuk kita pula hehe dah tempah awal2..
Walaupun kita tak sibuk mana tapi bukak tin sardin je sahur tadi..goreng sardin sotong campur dengan kentang yang digoreng..untuk memuaikan lagi kita masukkan cendawan butang..kawankan dengan ikan jenahak goreng...selesai.

Thursday, September 3, 2009

Ikan pari panggang bersambal




bahan2

2 keping ikan pari

bahan rempah

bawang merah
bawang putih
kunyit
halia
cili kering
buah keras
belacan / petis
garam
gula
limau kasturi
minyak utk menumis

bersihkan ikan pari gaul dengan garam dan kunyit
blend semua bahan rempah
panaskan minyak tumis bahan yang telah diblend tadi hingga betul2 masak dan garing perisakan dengan garam dan gula
masukkan ikan dan gaulkan hingga rata dan sebati dengan sambal kira2 - 5 minit
letakkan ikan yg dah bersalut dgn sambal tadi keatas alluminium foil atau daun pisang dan balut kemas..
panggang didalam oven atau diatas bara hingga ikan cukup masak..
sebelum dimakan perahkan jus limau diatas ikan..
sangat enak dimakan bersama nasi putih panas2 diwaktu berbuka puasa nanti..
selamat berpuasa dan selamat berbuka..
salam.

Tuesday, September 1, 2009

nasi ayam dgn ayam panggang yogurt....berbuka semalam

nasi ayam

ayam panggang yogurt

sup

kuah cili

sos kicap

kuih ketayap ( termontel lah pulak)

Semalam kita masak nasi ayam je sebagai juadah berbuka ..tapi kali ni kita gu kan (kawan) dengan ayam panggang yogurt ..sedap tau..kalau tak caya cuba buat ya.



RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT


Bahan-bahannya:

2 keping paha ayam
2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula merah atau gula melaka
1 sudu teh garam
1/2 kiub ayam

1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:

Tumbuk 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia dengan garam sampai lumat,perap pada ayam selama 1/2 jam.Blend halia muda,bawang putih,gula merah,sos tiram,kicap manis,yogurt dan garam serta kiub ayam sampai sebati.Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang sangat pelahan sampai pekat.

Ayam dibakar sampai masak .Sapukan dengan bahan bahan yang dikisar tadi dan bakar sekali lagi.Apabila ayam dah bertukar warna keemasan ,terbalikkan dan sapu dengan bahan bahan yang dikisar tadi sampai
Bahan-bahannya:

2 keping paha ayam
2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula merah atau gula melaka
1 sudu teh garam
1/2 kiub ayam

1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-caranya:

Tumbuk 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia dengan garam sampai lumat,perap pada ayam selama 1/2 jam.Blend halia muda,bawang putih,gula merah,sos tiram,kicap manis,yogurt dan garam serta kiub ayam sampai sebati.Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang sangat pelahan sampai pekat.

Ayam dibakar sampai masak .Sapukan dengan bahan bahan yang dikisar tadi dan bakar sekali lagi.Apabila ayam dah bertukar warna keemasan ,terbalikkan dan sapu dengan bahan bahan yang dikisar tadi sampai keperangan dan bolehlah diangkat.


p/s ..tapikan kita tak bakar dua kali kita masukkan ayam dalam sup hingga 3/4 masak keluarkan baru kita lumur dgn rempah kemudian baru bakar hingga keperangan ..selepas dikeluarkan kita sapu dgn butter supaya nampak cantik dan berkilat.

c&p dari blog cm..tq kaknah...

Friday, August 28, 2009

juadah berbuka hari ke 7 ramadhan n resepi cheese brownies

Asam pedas ayam

bawal putih kukus

peria goreng

cheese brownie ( buruk rupanya sbb tangan menggigil almaklum puasa hihi..alasan.)


Alhamdulillah selesai juga memasak hari ni..lepas masak rasa lembek lutut ..menggigil ligat sangat kot tadi....besuk insyaAllah nak gi ziarah MIL di teluk intan tu yang kita buat cheese brownie 2 bekas satu untuk buka ptg ni sambil pulangkan bekas jiran2...dan sebekas tu bawa balik kg..
diatas permintaan teman blogger ( lyn) kita sertakan disini resepi cheese brownie harap lyn cubalah nanti ye..

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah

.
Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.




resepi kita c&p dari blog cm ..tq

Wednesday, August 26, 2009

Juadah bersahur...

telur dadar ( wajib)
kalau rajin hiaslah sikit
dalam kuali terlebeh rajin amek gambar..


Assalamualaikum..rasanya semua dah ready nak siapkan makanan berbuka tapi kita tak mula lg pun...sedap sangat tidoq lepas subuh tadi...pastu bermalas2 sambil layan tv sat n terus ngadap pc..asek dok citer pasal buka je hari ni saja nak tayang juadah bersahur.. yang paling laku kat umah ni ialah nasi goreng hari2 pun tak pe tapi tu anak2 lah bapaknye pulak makan yogurt, biskut oat n honey (senangkan) sebenarnya suami kita ada masaalah dalam perut makan kena jaga sikit tak boleh yang pedas n keras.kita pulak tak banyak cengkadak apa2 pun boleh tolak batu dgn kayu je..mudah2an teruslah mcm ni kalau dua2 berpenyakit siapa nak jaga siapa..

selamat berpuasa..selamat berbuka dan selamat bersahur semua..

Monday, August 24, 2009

yok layan juadah buka puasa semalam....

puding buah
simple bakso tiru sue joshua
udang galah masam manis
masam tempoyak ikan kembung


Salam ...layan gambar dulu eh..resepi kemudian kita nak gi gulatis jap tenguk2 apa yang patut..

Sunday, August 23, 2009

kari tulang dengan rebung



Assalamualaikum... semuga semuanya sihat sejahtera didalam menjalani ibadah puasa..
semalam kita sempat memasak kari tulang dengan rebung..pertama kali kita makan lauk ni ialah dirumah bakal besan ( insyaAllah) dilangkawi..sangat sedap maklumlah makan kat rumah orang ..anak2 kita yang tak suka makan kari pun terus jatuh cinta dengan masakan kari ni..selalunya kita masak kari daging dengan kentangkan tapi cubalah pulak kita tukar kentang kepada rebung

bahan2
2 kg tulang lembu( kita campur dgn daging cincang)- rendam dgn air tepung gandum utk hilangkan bau hamis daging
2-3 ketul rebung kuning( apa2 jenis pun boleh tp jgn yg jeruk ..berbau)
rempah penumis
daun kari
bawang merah/putih/halia - dikisar
3 sudu makan cili kisar
lengkuas- ketuk
5-6 sudu makan rempah kari daging- bancuh dgn air
2 sudu sos tomato
1 cwn santan pekat
air asam
kerisik
air
garam/serbuk perasa /gula
minyak

panaskan minyak masukkan rempah tumis dan daun kari-hingga naik bau
masukkan bahan2 yg dikisar ,lengkuas dan cili giling - hingga masak / garing
masukkan rempah kacau dan tambahkan sedikit air biar seketika hingga rempah betul2 masak
masukkan sos tomato - kacau selalu
masukkan tulang / daging tambah air sedikit hingga daging tenggelam - besarkan api bila mendidih kecilkan api ketahap minima tutup periuk biarkan merenih hingga daging empuk ( kita masukkan sudu makan ikut petua supaya daging cepat lembut)
bila daging dah lembut masukkan santan /asam jawa / kerisik
masukkan rebung garam /gula/serbuk perasa
bila rebung dah lembut bolehlah diangkat dan dihidangkan.


SELAMAT BERAMAL