BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 7, 2009

Nasi daging....puding caramel







resepi puding caramel

10 biji telur
1 tin susu pekat ( 1/2 tin pun dah ok)
1 tin susu cair ( kita guna susu segar)
secubit garam
1 tsp vanilla
1/2 cawan gula pasir - buat caramel

ini cara kita..
masukkan gula kedalam loyang naikkan keatas api yang kecil kacau hingga keperangan - ketepikan
masukkan telur susu pekat susu cair garam vanilla kedalam blender dan blend dengan kelajuan perlahan hingga semua bahan sebati
tuangkan kedalam loyang caramel tadi tutup loyang dengan alluminium foil.
kukus selama 45 min..

nasi daging

4 cawan beras basmathi ( rendam 30 minit sebelum dimasak)
4 cawan air rebusan daging
1 1/2 cawan tairu @1 tin susu cair campurkan air limau nipis
rempah penumis ( kayu manis bunga lawang bunga cengkih buah pelaga)
bawang merah,,bawang putih dan halia - dikisar
2/3 sudu besar minyak sapi / mentega/ minyak jagung.
2 helai daun pandan
garam ..kiup pati lembu
daun saderi /bawang
bawang goreng

panaskan minyak masukkan rempah tumis
masukkan bahan2 yang dikisar - hingga wangi
masukkan air dan daun pandan..kiup lembu..garam
bila air mendidih masukkan beras
bila beras hampir nak kering masukkan tairu kacau rata..
biarkan hingga nasi masak..
hidangkan bersama gulai daging atau daging rebus dengan air asam

9 comments:

fzi said...

Salam datin...
kita suka sangat dengan puding karamel ni...sejuk je makan kalu lepas kuar dari peti-ais... mintak kopipes ya datin resepinya... kita punya resepi takde masuk susu pekat, so nak try resepi datin pulak..hehe

ain said...

sedapnya nasi daging tu kakkkk!!! semlm nmpak kat umah blogger chik mi yg kat penang tu, ari ni umah akak, bila lah yer nak nmpak kat umah sy ye..hehehe

bintangku said...

puding nie, mkn sejuk2.... sedapnyer... tp bau telur tu tetap ada walaupun letak esen vanilla. ker mmg baunyer camtu?

Datin El said...

fzi..salam..silalah fzi kopipes..no hal..

Datin El said...

ain..sesekali berubah rasa..ain buatlah mesti anak n suami suka..hihi

Datin El said...

bintangku..letak vanilla lebih sikit insyaAllah kurang bau telur tu..

cikmanggis said...

datinnn...sedapnya!bila nak ajak cm buka puasa ni!!(pelawa diri sendiri ni)..mlm ni terawih 11 je ada tazkirah...sakit perut..balik awal ni

Datin El said...

Cikmanggis..bila2 pun boleh ..mehlah ( bukan ajak2 ayam)apa je nak makan nanti kita masakkan ye..

Little Puteri said...

salam... minta resepi yer :)
http://littleputeri.blogspot.com/