BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 31, 2010

Paratha Egg Rolls & Kurma Daging..

dapat selamatkan 4 ketul je tuk ambek gambo


kurma daging

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..baru hari ni dapat peluang buat paratha egg roll ni kira dah ketinggalan keretapilah kite ni ek..kalau tak silap bulan lepas berlumba2 kawan2 lain yang dah buat resepi ni ..tapi takpe lambat pun lambatlah..hee memang sedaplah dan mudah je buatnye kite buat pagi tadi untuk sarapan tapi yang tak bestnye melecur jari jemari kite semasa menggulung paratha ni tau ..macam nak nangis huhu..merah pedih...tapi berbaloi baloi...

resepi kite cnp dari blog Hana di jepun nuuuuu...tq Hana.




Bahan-bahan
  • 5 keping frozen plain paratha - jenama kawan@lain
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)

Cara-Cara

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.


Tuesday, March 30, 2010

Kerutup Daging...







selamat tengahari semua..dah makan..kalau dah makan Alhamdulillah kalau belum nak ajak makan ngan kite lauk kerutup daging..sedap tau ..ni first time kite cuba padahal rempah kerutup dah berzaman beli duk betapa kat dalam esbok...resepi ni kite dapat jauh nun dirumah fzi dikelate tapi sorry ye fzi akak memandai2 nambah memacam sudahnye kerutup fzi hitam pekat akak punye coklat hitam2 manja gitu..tapi yang pastinya rasanya sungguh sedap tambahan pulak bila dimakan dgn nasi putih panas2 ...aduhai..resepinya kite cnp dari blog fzi terima kasih daun keladi ye fzi...


Resipi Kerutup Daging
bahan2nya:

  • setengah kilo daging filet/ros *dipotong tebal2*
  • bawang merah besar 2 labu
  • bawang puteh 3 ulas
  • halia 1 setengah inci
  • lengkuas 1 inci
  • serai 2 - 3 batang
  • sedikit udang kering( kite tah bubuh)
  • Rempah kerutup 3 sudu besar
  • pati santan tiga suku cawan
  • kerisik
  • asam keping
  • garam
  • manisan
kite tambah sedikit cili mesin.. 2 sudu besar sos tomato dan 2 sudu besar sos cili.

Cara2nya:
  1. Bawang merah, bawang puteh, halia, lengkuas, udang kering ditumbuk lumat kemudian ditumis.
  2. Biarkan masak tumisan sebelum dimasukkan rempah kerutup yang dibancuh dengan sedikit air terlebih dulu.
  3. Masak lagi sampai tumisan masak elok dan naik minyak.
  4. Kemudian masukkan daging. Biarkan empuk baru dimasukkan serai dan asam keping.
  5. Tambahkan santan dan sedikit air masak.
  6. Masak menggunakkan api dapur yang kecil - sederhana.
  7. Perasakan dengan garam dan manisan.
  8. Dekat2 nak angkat baru dimasukkan kerisik.

Sekian, selamat mencuba.... :)


Monday, March 29, 2010

Tiramitsu..


70g sugar
2 eggs york
1 egg( total 3 eggs)

50 g hot water
10 g gelatin
dissolved or panaskan pun boleh

250g cream cheese
30 g condensed milk
50 g fresh milk

250g whipping cream or fresh cream

coffee syrup

3 tsp instant coffee
80 ml water
60g sugar
50 g coffee paste

sponge fingger or sponge cake

method.

cream sugar and eggs until sugar dissolved - tak payah kuat
cream condensed milk and cream cheese until creamy add in egg mixture- cream well
add in geletin yang dah dissolved tadi
in another bowl whisk whipping cream- sehingga kembang dan gebu campurkan ke adunan tadi
gaul hingga sebati ..susun sponge fingger didalam bekas tuang sedikit adunan cheese ratakan ..ulang lagi hingga sponge fingger dan adunan cheese habis (lebih kurang 4 layer)...sejukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 3 -4 jam sebelum dimakan..





hasil kerja sambil lewa anak dara....comot coreng nasip baik sedap n sekejap je licin..tq amim cayang..( ni mesti kes rela dalam paksa)

Tuesday, March 23, 2010

kek marble berkeju




Makan kek lagi...tak jemu2..badan pun dah macam kek 3 tingkat...memang suka buat dan suka makan lepas tu menyesal tak sudah....resepi kek ni biasa je cuma kite tambahkan cream cheese...kalau nak tau rasanya cubalah ye..

Bhn
250g tepung naik sendiri } ayak
1st bpowder } sukat membumbung
200g gula castor - boleh kurangkan jika manis( mmg kena kurangkan)
6 biji telur
1sb ovalette
2sb susu pekat manis
50g susu cair/air ( kite guna susu segar)
90g myk @ 175g butter cair ( gunakan butter cairkan dan masuk semasa panas)
1sb choc.emulco
esen vanilla
125 g cream cheese
Cara
Pukul semua bhn kecuali keju dan minyak sehingga gebu dan pekat (bertukar kaler jadi putih)masukkan keju dan pukul lagi.
Last sekali mskkan minyak dan gaul sebati ngan whisker
Ambil 1/4 adunan dan campurkan emulco ( kite gunakan pewarna hijau)
Marblekan ikut suka.
Acuan 10x10 ( X2 ADUNAN)
Bakar hingga masak...


Sunday, March 21, 2010

Udang Massala & Nasi Mentega




Salam semua...hari ni masak masakan India pulak ..sebenarnya kita letih sangat sebab kehulu kehilir memenuhi undangan kenduri kahwin dan pulang kekampung menghantar MIL yang bertandang sekejap kerumah kita..so untuk semalam kita masak masakan yang sangat mudah n simple tapi rasanya sangat enak...udang massala ni resepi asal kak liza kita c&p dr dapur inahar. Nasi mentega tu pulak kita cuba sendiri je... bagi penggemar2 masakan India cubalah..

Udang Massala

Bahan A:-

  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn.

Thursday, March 18, 2010

Makanan Arab yang sangat sedapppp....

mix Appetizers



Roasted Chicken


lamb kabsah
roasted chicken




Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....hari ni 'ana' makan masakan arab lagi daa..rasa bagai dipadang pasir tapi bukan masak sendiri makan di SABA RESTORAN di CBD CYBERJAYA....pergh..memang enak hingga menjilat jari..jadi pada peminat2 makanan arab macam ana jangan tunggu lagi silalah kesana ..baek punyeeeeeeee..

Tuesday, March 16, 2010

Kek Puding Karamel



Salam..semasa berjalan2 n meronda dapur umah SL pakar kek di pasir gudang terjumpa pulak kek puding karamel ni..bila dah jumpa tu terus terpaut hati dan memandangkan semua bahan ada kat dapur kita pun terus je stat buat projek ni..hasilnya memang puas hati..

Sumber: Yani Myr

Bahan-bahan:

Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air

Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula sedikit esen vanila

Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
1 sudu makan paste pandan -
20g mentega- dicairkan

Cara membuatnya:
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
- Cairkan mentega dan ketepikan.

Sediakan karamel
- Campurkan gula dengan 1 sudu air.
- Panaskan sehingga jadi warna perang.
- Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api.
- Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.

Sediakan puding.
- Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
- Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
- Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau.
- Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
- Tapis adunan ni masuk ke dalam loyang karamel tadi.

Sediakan kek span.
- masuk semua bahan kecuali minyak. putar laju sampai kembang putih.
- pas tu masuk butter cair
- gaul rata hingga sebati.
- Tuangkan adunan ni masuk dalam loyang puding tadi. (jgn risau.. adunan kek ni takkan tenggelam, tuang je) - Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
(adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) - Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Monday, March 15, 2010

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PERUT

Salam....jom layan resepi yang sangat enak dan amat mudah untuk disediakan ni...kalau tak percaya cubalah mesti puashati punya... resepi nya kita c&p dari umah inahar...tq ye puan doktor.. resepi asal dari mana tak perasan pulak .. nanti kita cari ...


2 ekor ikan bawal ~ (kita guna ikan kerapu )
1/4 cawan tepung serbaguna

2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng


Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang

5 bj cili padi hijau ~ diicincang

5 bj cili padi merah ~ dicincang

3 helai daun limau purut ~ dihiris halus

3 sudu besar sos tiram

1/4 cawan cuka

3 sudu besar sos ikan

2 - 3 sudu besar gula

garam secukup rasa

1/2 cawan stok ayam ~ kita guna 1 ketul kiup pati ayam

1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

Sunday, March 14, 2010

Tayang award dari dr Inahar..tq..


Thursday, March 11, 2010

KEK EKONOMI PERISA PANDAN...


Assalamualaikum...salam pagi jumaat yg mulia buat semua semuga diberkati ALLAH sentiasa hendaknya..... jom buat kek ni...Resepi asal kek ni kite dapat dari blog maklang ..tapi maklang buat kek marble coklat... kite ni memandai2 ubah dan jadikan kek berperisa pandan.. ...sangat sedap dan amat gebuss ....mudah pulak untuk menyediakannya..pendek kata memang berbalaoi-baloi..
untuk kek kite tu kite X2 adunannya.layan ye resepi dibawah ni yang kite c/p dari umah maklang t.ksh byk2 ye maklang...


Bhn
250g tepung naik sendiri } ayak
1st bpowder } sukat membumbung
200g gula castor - boleh kurangkan jika manis( mmg kena kurangkan)
6 biji telur
1sb ovalette
2sb susu pekat manis
50g susu cair/air ( kite guna susu segar)
90g myk @ 175g butter cair ( gunakan butter cairkan dan masuk semasa panas)
1sb choc.emulco( gantikan dgn paste pandan)
esen vanilla

Cara
Pukul semua bhn kecuali minyak sehingga gebu dan pekat (bertukar kaler jadi putih)
Last sekali mskkan minyak dan gaul sebati ngan whisker
Ambil 1/4 adunan dan campurkan emulco ( kite gunakan pewarna hijau)
Marblekan ikut suka.
Acuan 10x10 ( X2 ADUNAN)
Bakar hingga masak...

p/s..kalau makan kek ni kena sediakan air ..klu tak tercekik pssssss kite dah terkena..huhu

Monday, March 8, 2010

Leg of lamb roasted.....

kambing golek

tinggal tulang




Salam semua....gambar diatas tu tiada kena mengena dengan tajuk dan resepi dibawah yang kite nak kongsi dengan kawan2 semua...gambar2 tu adalah diantara menu dimajlis kesyukuran yang kite adakan dikampung tempuh hari..sekejap je selesai 2 ekor kambing tu...malangnya kita tak sempat nak dapatkan resepi dari Pak Buang..beliau adalah salah seorang tukang masak diistana johor..dan sangat disayangi oleh Almarhum Sultan Iskandar ...KAMBING GOLEK Pak Buang ni memang sangat istimewa..
Tapi untuk hari ni kita share resepi leg of lamb roasted dari kak Nita Serawak yang dah pernah kita buat ...menurut orang yang memakannya memang sedap.Tq kak nita...so kawan2 cuba ye..
tapi sory sukatannya kena agak2lah ye sebab kita tak sempat nak salin kat tv..laju sangat..

bahan A
1 batang kaki kambing
yogard secukupnya
bawang putih( banyak)*

bahan rempah untuk dimesin lumat

halia
kicap masin
lada putih
mustard
bawang putih
rosmary
minyak zaiton

bersihkan kaki kambing cucuk2 dagingnya dan sapukan dengan yogard masukkan@ selitkan bawang putih sebiji2* kedalam daging yang dicucuk tadi...perap semalaman.
kesat2 daging hingga kering sedikit kemudian sapukan dan lumurkan rempah.
bakar hingga daging masak jika sukakan daging yang agak juicy bungkus daging dgn alluminium foil sebelum dibakar..

bahan sos
butter
sedikit minyak
bawang besar
bawang putih
sos tomato
sos tiram
lada hitam
air
tepung jagung

panaskan butter dan minyak tumis bawang putih dan bawang besar campurkan sos tiram sos tomato lada hitam dan air bila dah mendidih masukkan tepung jagung.

Wednesday, March 3, 2010

Chicken Mandy

Sekejap ada


sekejap je dah nak tak ada

Salam semua...dah selalu sangat makan nasi melayu so kita ubah selera dengan nasi arab pulak ..chicken mandy ni sangat2 kite gemari ...Setiap kali ke tanah suci memang makanan nilah yang kite cari. tiap2 hari makan pun tak apa..selain ayam,kambing mandy pun sangat popular tapi kita tak makan kambing..Disini agak susah sikit kita nak jumpa restoran2 yang menyediakan menu ni ..tapi ada satu restoran diampang ( lupa pulak nama restoran ni..klu kite ingat kite bgtau nanti ye) memang sedap tapi biasalah harganya faham2 jelah..
tapikan tak payahlah makan kat restoran kita masak sendiri lagi best taklah susah sangat dan bahan2nya pun senang nak dapat .. ok silalah layan resepi ni yang kite ambil dari Golden Recipes..

1 ekor ayam - potong empat
2 s/t mandy mix spice *
3 cwn beras basmati- basuh dan rendam 30 minit-toskan
2 s/b butter
1 biji bawang besar - finely chopped
1 tomato - finely chopped
1/4 cawan grated carrots
1 biji green bell pepper
2 s/t mandy spice
2 pieces dry lemon- tak bubuh pun
4 cwn air
rempah penumis -cengkih buah pelaga dan lada putih biji ( kayu manis tak perlu)
stok ayam @ kiup pati ayam

Mandy mix spice*
2 sudu kecil buah pelaga
2 sudu kecil cengkih
2 sudu kecil lada hitam
1 biji buah pala
1 inci halia
4 helai bay leave @ daun salam
blend semua bahan hingga halus- jika ada lebih bolih simpan dalam petiais .

1- bersihkan ayam lumur dengan mix spice dan garam perap sekejap
masukkan dalam mangkuk atau loyang tutup dgn alluminium foil bakar selama 40 min..klu yang suka garing setelah 40 min buka penutup ( alluminium foil) bakar lg hingga ayam kekuningan..

untuk nasi
1- panaskan butter tumis bawang dan rempah penumis hinnga wangi masukkan mix spice carrot lada hijau dan tomato
2- masukkan air ..garam.kiup ayam bila mendidih masukkan beras..tanaklah diatas api atau pun gunakan rice cooker..

Nasi bersama chicken mandy ini sangat sesuai dimakan dengan dalca dan acar timun..
it's simply delicious, enjoy.

Tuesday, March 2, 2010

SELAMAT BERTEMU KEMBALI


Assalamualaikum salam sejahtera dan selamat bertemu kembali buat semua kenalan dialam maya ini...hee....dah berbulan2 kita tenggelam sebab kapal karam hihi.....hari ni kita dah timbul balik mudah2an akan terus timbul terapung macam bunga teratai kat atas tu kan..
Sebenarnya walau pun kita menyepi namun tetap meronda dan ziarah rumah kawan2 semua
jenguk lepas rindu dan selongkar segala menu resepi yang best2 dan bawak balik mane yang patut tanpa meninggalkan jejak...minta halal ye..
Semenjak dua menjak ni memang hilang mood dan no idea nak berblog nape ek ?! dah tua kot..dah nak jadi nenek ala cepat sangat dapat title tu tapi syukur Alhamdulillah merasa juga menimang cucu ( Macam tak percaya ) mula2 dapat tau tu kan menggigil kepala lutut kita macam kita pulak yang termengandung ..tak bolih nak tido malam tu macam2 perasaan yang timbul..terkejut beruk , gembira ,terharu dan macam2 lagi nak cerita pun tak reti.. last2 ada pulak rasa nak ketuk shopping komplek malam tu juga nak pilih baju baby ..normal ke kita ni ek..member sebelah kita nampak cool je..kontrol le tu..
Apa2 pun kita sentiasa berdoa semuga ALLAH memberi kekuatan,kesihatan yang baik dan memudahkan segala urusan sepanjang masa kehamilan hinggalah sampai kesaat untuk melahirkan kepada menantu kita yang sangat kita kasihi..InsyaALLAH.

JUMPA LAGI..TQ WSLM.