BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, March 15, 2010

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PERUT

Salam....jom layan resepi yang sangat enak dan amat mudah untuk disediakan ni...kalau tak percaya cubalah mesti puashati punya... resepi nya kita c&p dari umah inahar...tq ye puan doktor.. resepi asal dari mana tak perasan pulak .. nanti kita cari ...


2 ekor ikan bawal ~ (kita guna ikan kerapu )
1/4 cawan tepung serbaguna

2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng


Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang

5 bj cili padi hijau ~ diicincang

5 bj cili padi merah ~ dicincang

3 helai daun limau purut ~ dihiris halus

3 sudu besar sos tiram

1/4 cawan cuka

3 sudu besar sos ikan

2 - 3 sudu besar gula

garam secukup rasa

1/2 cawan stok ayam ~ kita guna 1 ketul kiup pati ayam

1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.

6 comments:

cikmanggis said...

salam datin..awalnya masak..pantas dan cekap giteww

Datin El said...

cikmanggis..tu juadah semalamlah CM dah almarhum pun tp pg td baru bersempatan menayang..tq

Achik said...

yummy..mesti harum dan enak kan ikan nie..nyam nyam..

mohdandmeriam said...

salam datin sedapnya ikan goreng bersos daun limau purut tu ya.. bila ada daun ni masakan jadi wangi n menambat selera kita kan..

Datin El said...

Achik..yelah anak2 semua suka..bila dah boleh makan nnti trylah buat ye..

Datin El said...

mohdandmeriam...betullah mmg sedap..sesuai utk semua ..t.ksh.