BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, March 21, 2010

Udang Massala & Nasi Mentega




Salam semua...hari ni masak masakan India pulak ..sebenarnya kita letih sangat sebab kehulu kehilir memenuhi undangan kenduri kahwin dan pulang kekampung menghantar MIL yang bertandang sekejap kerumah kita..so untuk semalam kita masak masakan yang sangat mudah n simple tapi rasanya sangat enak...udang massala ni resepi asal kak liza kita c&p dr dapur inahar. Nasi mentega tu pulak kita cuba sendiri je... bagi penggemar2 masakan India cubalah..

Udang Massala

Bahan A:-

  • 500 gm udang (dibersihkan )
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)
  • 3 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong)
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili

Bahan B (dikisar):-

  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara-Cara:-

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn.

12 comments:

cikmanggis said...

omo..omo..sedapnya datin..kita tak sihat..tak dapat masak..makan ok:)

Datin El said...

salam Cm..hehe kite pun tak sihat canane pun tekak ok .tak pernah pahit manis je..

Anonymous said...

salam datin el...nampak cam sedap...tapi alahai ruginya saya alah masakan india ni...hehe

Chenta said...

salam Datin ..

eh..tak sihat ke ?

alaaa... siannya..

tapi berseleralah pulak ... hahaha

Love2cook Malaysia said...

WOW! Mengancam ler udang masala tuh Datin! Nak cikit...:)

Datin El said...

ima..salam akak pun tak berapa tahan ..perut selalu buat perangai klu makan masak camni..tapi bantai jelah..

Datin El said...

linda..hehe tu lah pasal tekak harimau agaknye ...linda sihat ke..

Datin El said...

love..marilah sini akak suapkan sikit..hihi

Anonymous said...

salam datin..cucu makcik mesti suka masakan ni sebab dia suka sangat udang.. nak cubaa buat..terima kasih kerana kongsi resepi..

zaidharis said...

ummie,
nyum2,
lama x pegi dapur ummie..

Datin El said...

mohdandmeriam..salam kakyam lauk ni pedas sikit kalau kakyam nak masak untuk cucu kena adjust sket cilinye..t.ksh kakyam.

Datin El said...

zaidharis..lamenye tak dengar kbr berite ingatkan dah tak sudi datang sini lg..sedih tau.huhu