Salam..semasa berjalan2 n meronda dapur umah SL pakar kek di pasir gudang terjumpa pulak kek puding karamel ni..bila dah jumpa tu terus terpaut hati dan memandangkan semua bahan ada kat dapur kita pun terus je stat buat projek ni..hasilnya memang puas hati..
Sumber: Yani Myr
Bahan-bahan:
Karamel
60g gula
1 sudu besar air
2 sudu besar air
Puding
4 biji telur
500ml susu segar
70g gula sedikit esen vanila
Kek span
70g tepung gandum
60g gula halus
2 biji telur
1 sudu makan paste pandan -
20g mentega- dicairkan
Cara membuatnya:
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree.
- Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan karamel
- Campurkan gula dengan 1 sudu air.
- Panaskan sehingga jadi warna perang.
- Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api.
- Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding.
- Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
- Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit.
- Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau.
- Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
- Tapis adunan ni masuk ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span.
- masuk semua bahan kecuali minyak. putar laju sampai kembang putih.
- pas tu masuk butter cair
- gaul rata hingga sebati.
- Tuangkan adunan ni masuk dalam loyang puding tadi. (jgn risau.. adunan kek ni takkan tenggelam, tuang je) - Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak.
(adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.) - Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.
PAKAI TONGKAT DAH
3 weeks ago
4 comments:
salam datin... sedap je puding caramel tu..
Hi Kak! I love puddings! And I want some of urs...hehehe! ;)
mohdandmeriam..memang sedap nanti cubalah ye..
hi..love..mehlah datang sini boleh makan same2..
Post a Comment