BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 30, 2009

sambal tempoyak petai & sambal goreng basah

sambal tempoyak petai ni diantara sambal2 yang kita berkenan sangat tapi kalau banyak makannye perut meragam..memang alah kat petai ni..rasanya semua dah taukan resepinya saja je lah nak tempek juga utk rujukan anak cucu nantikan..hehe.

Tak ada sukatan agak2 jelah
ikan bilis( goreng sikit tak payah garing)
cili api( banyak)
cili merah( sikit)
bawang merah( lebih sikit separuh kisar separuh lagi belah2)
tempoyak
petai

kisar cili api cili merah dan bawang kemudian tumis hingga wangi garing dan cukup masak minyak untuk menumis kena lebihkan sikit.
masukkan tempoyak dan sedikit air masukkan juga gula dan garam secukup rasa.jika tempoyak baru tambahkan asam keping masukkan petai dan bawang merah yang dibelah2..biar agak pekat ..sebelum di tutup api masukkan ikan bilis ...dah siap..kita selalu makan sambal ni dengan nasi putih dan telur goreng mata kerbau..perghhhhhh..




Ni pulak sambal goreng basah2 gitu MD suka sangat.. makan camgitu je tak payah nasi pun..tu yang kalau buat tak boleh sikit nanti melepas.. putih bijik mata...

ni resepinya kalau nak lah..

sedikit cili kering(kisar)
cili hijau( hiris)
cili merah(hiris)
bawang merah(hiris)
bawang putih(hiris)
serai dan lengkuas(ketuk)
udang basah
tauhu(goreng)
tempe(goreng)
suun dan tauhu kering (rendam & potong kecil)
santan
sedikit air asam jawa dan belacan
sedikit kicap
garam gula sedikit serbuk pati ayam(kalau suka)
minyak utk menumis

tumis bahan yang dihiris serai dan lengkuas hingga naik bau masukkan cili kisar..masak hingga pecah minyak masukkan udang biar hingga udang masak masukkan santan air asam belacan kemudian masukkan suun dan tauhu kering kacau rata masukkan pula tauhu dan tempe perasakan dengan kicap garam gula secukupnya ....biarkan hingga sedikit kering..tutup api dan hidangkan...selamat mencuba bagi yang teringin ye,,

Sunday, June 28, 2009

kek keju sempoi...






kek ni anak ketiga kita yang buat..Chim. sempoi je..tak de hias2 .buat pun kerna terpaksa bimbang keju yang kat petiais tu rosak membazir pulak....

resapi yang digunakan paling senang dan tak banyak bahan..

500g cream cheese
150g gula castor
100g cream putar
5 biji telor
2 tsp jus lemon

putar cheese dan gula- kembang
masukkan telor sebiji2
masukkan cream putar n jus lemon
putar hingga sebati..

untuk base chim gunakan biskut chipsmore - hancurkan dan gaul dengan butter hingga boleh kepal....

t.ksh chim walau pun masa buat tu muka chim kelat sebab tak ikhlas sangat hehe( umi tau tau) tapi kek ni memang sedap..t.kaseh daun keladi ehh...

Tuesday, June 23, 2009

jom makan pulut ngan kuah durian......


Sekarang ni kan musim durian dan kita ni memang suka makan pulut lawan ngan kuah durian ni..tapi buat tak boleh banyak sebab yang makan berdua je ..anak2 semua tak makan durian apalah budak2 nikan ...tapi bagus jugak kita bole makan banyak hehe..

Monday, June 22, 2009

Di duga lagi....tapi pasrah...




Salam...hari ni kita nak kongsi kesedihan kita diatas kemalangan yang menimpa anak gadis kita..kak chik..dia telah terjatuh sewaktu menyertai aktiviti dipadang kolejnya pada hari ahad yang lalu..kakinya patah dan terpaksa disimen..pada waktu tu kita dan suami berada di teluk Intan( kg suami) menghadiri majlis kenduri kahwin anak sepupu dia..Aduh terkejutnya..nak luruh rasanya jantung ni..rasa nak terbang balik secepat mungkin ..dimata ni terbayang wajah anak yang kesakitan...kesiannya.........
Alhamdulillah keadaannya sekarang dah ok sikit bengkak kaki pun dah susut walau pun terpaksa bergerak dengan menggunakan tongkat... insyaAllah esuk nak bawak dia balik ke JB untuk berubat dengan bomoh patah yang terkenal disana mudah2an cepat sembuh dan dapat kembali kekolej...
Disini kita nak mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih pada senior2nya yang bertindak cepat membawa dia keklinik dan seterusnya kehospital serdang untuk rawatan...tidak ketinggalan juga kepada lecturer2 dan rakan2nya yang telah meluangkan masa menziarahi dan memberikan semangat pada kak chik dihospital. budi baik anda semua akan kami kenang sampai bila2...t.kasih.

Thursday, June 18, 2009

Tag dari inahar cayang...

TAG about your loves one..



1. nama kekasih anda
Kekasih yang mana satu ek...hehe mana ada banyak, kekasih kita sorang je dialah yang awal n insyaAllah yang terakhir. kita bagi nama manja yang selalu mak dia panggil ..che'Pa..

2.
umur kekasih hati
dia lebih tua sepuluh tahun dari kita...kita memang suka yang matang sikit..baru best..hehe..dapat manja lebeh..

3. insiden pertemuan

tak ada insiden2 pun dia ternampak gambar kita kat album kawan dia yang kebetulan neighbour kita pas tu tak bolih tidur malam kot..hahaha..percaya ke.. sebenarnya citer lama kita dah tak ingat sangat tapi ada kena mengena dengan gambarlah...masa tu dia dah keje kita budak sekolah lagi tak pandai cintan2..takut mak marah..kihkih lawaklah ingat kesah lama ni ..

4. kelebihan dia di mata anda

nak kena puji pulak ni..ok lah dia ni tersangat penyayang..penyabar dengan kerenah kita dan anak2 tak pandai marah tapi sangat sensitif ...yang paling kita suka sangat kat my laling ni sangat pemurah ( penting ni) ....
5. harapan
semuga Allah panjangkan umur dia sihatkan tubuh badannya eratkan lagi kasih sayang kami kekalkan jodoh kami hingga akhir hayat dan bahgiakan hidup kami sekeluarga.................
.
6. gambar kekasih hati
ni yang masaalahnya...kita dah bongkar semua album tak jumpa pulak gambar dia yang terhensem..i'm sorry inahar..kalau nak tenguk juga kena selak paper lama ada kot...

7. Nak kena tag orang lain pulak..
sape ek kita nak tag...tak pe lah sape2 yang rasa nak kongsi cite cinta dolu2 silakan ye...semuga inahar puas hati...penatnya aduyaiiiiiiiiii.

Award dari Inahar lagi..tq



Adikku sorang ni tak jemu2 bagi award..terima kasih banyak2 sangat diatas ingatanmu..doa dan harapan agar persahabatan kita akan kekal berpanjangan ....insyaAllah...luv U..

Monday, June 15, 2009

nikmatnya menjadi tetamu ALLAH..

walau pun dibawah panahan matahari yang amat terik para jemaah kusyuk bertawaf , berdoa dan bersolat dikeliling kaabah..waktu tengahari beginilah agak mudah sedikit bagi kita yang kecil2 ni untuk menghampiri kaabah kerana pada waktu lain jemaah dari timur tengah akan memenuhi kawasan ni..pada waktu solat pula jemaah wanita tidak dibenar langsung berada dikawasan ini...



Inilah pemandangan luar dihadapan masjid nabawi..dibawah kubah hijau( dalam masjid) itulah maqam rasullullah SAW dan sahabat baginda Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar AL Khatab..



Maqam Saidina Hamzah dan para Syuhada' Uhud...dikaki Jabal uhud...


Perkuburan Baqi'.. ramai sahabat2 rasullulah isteri2 dan anak2 baginda yang dimaqamkan disini



Ini pula tempat saii ditingkat dua yang baru siap dibina...sangat lapang tapi kebanyakkan jemaah lebih suka menunaikan ibadah saii dibahagian bawah kerana itulah tempat asal dan masih kelihatan disitu sedikit bukit safar dan marwah...( posing sket...hehe)



Aslamualaikum semua..ni baru nak bukak mukaddimah..hari ni el nak kongsi2 gambar terkini yang sembat diambil ditanah suci...walaupun telah berkali2 diberi rezeki dan peluang untuk berkunjung kesana sebagai tetamu Allah namun perasan rindu yang teramat kuat sering saja datang dalam diri ni untuk pergi lagi kesana...mudah2an Allah murahkan rezeki kita semua panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan supaya kita berpeluang menyambut lambaian baitullah dan menjadi tetamu ALLAH...InsyaALLAH..

Monday, June 8, 2009

TQ cikmanggis cayang....

walaupun dah lama tak timbul kat sini tapi selalu juga merayap jenguk blog kengkawan...bila raund2 pagi ni nampak pulak ada award dari best friend El ...cikmanggis ..mekaseh bebanyak eh.bila tenguk vespa tu ..teringat pulak zaman dolu2 kan CM kita bedua ni selalu naik moto . tudung berkibar2 macam bendera masa tu kita berdua ni pakai tudung labuh la ni dah tinggal sekerat je maklumlah dah tua...tak banyak benda yang nak di sorokkan...kah kah kah...anyway buat teman ku cikmanggis terimalah pelukan dan ciuman paling manja dariku muahhhhhhhh................. soklan2 tu maleh pulak nak jawap..tak pe kan CM


EL harap teman2 yang singgah diumah ni sudilah terima pula award diatas ni sebagai ingatan dari el buat semua terutama ,
Ayohwang
inahar ali
ct delima
kakasma
zaidharis
ultramama
kakzai
alamak tak ingatlah sapa lagi ....