BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 22, 2009

Di duga lagi....tapi pasrah...




Salam...hari ni kita nak kongsi kesedihan kita diatas kemalangan yang menimpa anak gadis kita..kak chik..dia telah terjatuh sewaktu menyertai aktiviti dipadang kolejnya pada hari ahad yang lalu..kakinya patah dan terpaksa disimen..pada waktu tu kita dan suami berada di teluk Intan( kg suami) menghadiri majlis kenduri kahwin anak sepupu dia..Aduh terkejutnya..nak luruh rasanya jantung ni..rasa nak terbang balik secepat mungkin ..dimata ni terbayang wajah anak yang kesakitan...kesiannya.........
Alhamdulillah keadaannya sekarang dah ok sikit bengkak kaki pun dah susut walau pun terpaksa bergerak dengan menggunakan tongkat... insyaAllah esuk nak bawak dia balik ke JB untuk berubat dengan bomoh patah yang terkenal disana mudah2an cepat sembuh dan dapat kembali kekolej...
Disini kita nak mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan terima kasih pada senior2nya yang bertindak cepat membawa dia keklinik dan seterusnya kehospital serdang untuk rawatan...tidak ketinggalan juga kepada lecturer2 dan rakan2nya yang telah meluangkan masa menziarahi dan memberikan semangat pada kak chik dihospital. budi baik anda semua akan kami kenang sampai bila2...t.kasih.

12 comments:

Suzi said...

alahai kesiannya...saya doakan semoga tabah n cepat sembuh...

Ayohwang said...

Terkejut pok tengok bbalut putih tu, ingat ke hatu bukuh!. Rupe2nye kaki berbalut.

Elok jugok datinel bowok gi jumpe tok bomo patoh. Bende2 lagu ni dok sia setakat gi spita. Kene berubat dengang tok bomo kapong jugok baru molek. Kene caye ke pok sebagai oghang tue ni.

Ape2 pong pok doakang semoge kak cik hok comel lote tu cepat sembuh dang buleh sambung kuliah macang sekale.

Datin El said...

suzi..t.ksh byk2 sangat diatas simpati dan doa suzi tu ye..

Datin El said...

ayohwang...weh pok..ade ke die kate hatu bukuh kalu tepung bukuh sedap jugak..tu lah ramai kawan2 dan adik beradik yg suruh gi jumpe tok bomo..

anyway time kaseh bbanyaklah diatas doa pok tu kite pun dok harap sgt kak chik ni cepat sembuh mcm sediakale n saham tak turun..

CatlinaFly said...

alahai..semoga cepat sembuh ye..amin..

kak ina kl said...

salam datin el..semuga anak kamu beransur sembuh..benda nak terjadi..kita terima ajelah..

Datin El said...

CatlinaFly..terima kaseh banyak2 doa untuk anak kita mdh2an cat n keluarga sentiasa diberkati Allah dan sihat sejahtera selalu hendaknya..

Datin El said...

kak ina kl..salam.. t.ksh ye kak ina
sbb sama2 mendoakan k.chik tulah benda nak jadi kita redha je ujian dari Allah ni..

inahar ali said...

salam datinel..laaa terkezut kita baca entry ni..ketinggalan keretapi la pulak!! cian kak chik...moga cepat sembuh ye!!

Datin El said...

salam inahar..tx doakan dia ye..

mama Tiara said...

terkejut jg baca n3 ni. macam manalah Datin time tu kan.mesti ingat anak ja, tak ingat benda lain dah.ujian. Saya doakan smg anak datin cepat sembuh..

Datin El said...

salam Mama Tiara..time tu perasaan kita tak tau nak kata risau sesangat...t.ksh ye mamaTiara diatas doa buat kak chik..