BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 23, 2009

Ayam masak rebah bangun

lauk ni dimasak minggu lepas

ayam rebah bangun ni lebeh kurang sama je dengan ayam masak lemak cili api atau masak lemak kuning cuma el lebeh suka gunakan nama yang diatas tu sebab mengingatkan el pada keluarga el di kampung ....selain dari ayam, daging juga sedap dimasak rebah bangun ni...
el rasa semua orang dah tau resepinya tapi saja gatal tangan nak tulis jugak...

1 ekor ayam _ di potong bersihkan dan gaul dgn garam kunyit kemudian goreng separuh masak

1 biji bawang merah cili api( ikut suka) sedikit halia kunyit lengkuas - dimesin

2 batang serai - diketuk

2 helai daun kunyit disiat

1/2 kg santan

1 kg kentang

garam dan serbuk perasa secukup rasa

masukkan bahan2 yang dimesin serai dan daun kunyit kedalam periuk tambahkan sedikit air. masak hingga mendidih masukkan kentang. bila kentang hampir empuk masukkan ayam biarkan beberapa minit kemudian masukkan santan kacau dan kecilkan api akhirnya masukkan garam dan serbuk perasa..siap dan sedia untuk dihidangkan.

6 comments:

yati said...

Nampak cam sedap je. Lain kali kalau masak lebih hantarlah kat rumah kantan permai sikit.

Datin El said...

wei..memang selalu masak lebeh pun awak je yang tak nak datang..t.ksh ye wak singgah 'umah' el ni..selalu2 eh jenguk kite.

Datin El said...

wei..memang selalu masak lebeh pun awak je yang tak nak datang..t.ksh ye wak singgah 'umah' el ni..selalu2 eh jenguk kite.

CT Delima said...

el..lauk ni mmg unik arr nama dia..rebah bangun..kompom lepas makan mesti terbaring balik hehehe

inahar ali said...

datin el..nama menu datin ni seme unik2 belaka..mmg terancam la pulak..hehe!

Datin El said...

ct, inahar ni lauk org malas yang kejenye rebah bangun je mcm el lah dah penat rebah baru bangun bukan sebaliknya..hihi.