BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 25, 2010

Mini Tuna Puff



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit


sumber resepi ini dari dapur tanpa sempadan..Mat Gebu..t.ksh daun keladi CMG.

Atau boleh digunakan filling custard..



filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.
resepi mrs Tan.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

15 comments:

S.I.T.I said...

salam Datin El,
menarik nampaknya puff itu untuk dicuba. nak kena pegi cari puff pastri dulu...:P

zulkbo said...

salam Datin..
datin memang hebat
kaya dengan masakannya
untungnya suami..
ada anak dara tak?
mana tahu..bolehlah berbesan
he he he..jangan maree..

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Datin, came for tuna puff!!! hehe...yumm yumm! ;)

kakcikseroja said...

Kalau digoreng, agaknya boleh tak? :)

JaSSNaNi said...

wahhh... sedap ni.. mesti try wat.. sekarang ni kalau nak wat pastry.. ready mead pastry dah banyak jual kan.. senang keje menguli.. dan mengadun.. hehehehe...

Datin El said...

S.I.T.I
salam kalau beli puff pastri lebih2 ye..boleh disimpan lama dlm freezer bila teringin nak buat je dah ade bendenye ..tq siti..

Datin El said...

zulkbo salam

haha.. tak marah pun..ape salahnye ada 2 org yg masih solo tapi tua sangat kot utk anak awak dua2 kat u..klu rajin cari gambar ada dalam blog kita ni..hehe promasi nampak..

Datin El said...

love hi..
u're welcome..

Datin El said...

kakcikseroja
salam
benda ni berlapis dengan minyaklah kakcik macam tak sesuai tapi tak salah mencuba..

Datin El said...

jassnani
salam
betul tu semua dah ready tinggal isi inti n bakar je..tak gitu.

JaSSNaNi said...

re: tiru jer.. tak kesah.. kita sesama tiru K.. :D

Achik said...

salam datin..
rajinnya lahaiii..
mmg senang guna puff pastry segera ni..
isi je ape2 filling..
tiba2 rasa nak ke kedai sekarang..hihihi..

Datin El said...

Achik
salam..cepat2 gi kedai tu nanti kempunan pulak org kat dalam tu..hihi

Mrs Kelly Walther said...

Salam Datin El
Saya dah cuba buat tuna puff tu, memang sedap. Nanti tgk di blog saya saya...thanks for sharing the recipe...

我们的小宇宙 said...

Thanks for sharing ✿◕‿◕✿