BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 3, 2010

Talam Suji..



Assalamualaikum dan salam sejahtera ....semuga kawan2 semuanya sihat dan berbahagia sentiasa hendaknya..hari ni kita nak tayang kuih talam suji yang kita buat minggu lepas.

kuih talam merupakan kuih yang kite kurang gemar bukan tak suka makan ( sangat suka) tetapi paling tak suka buat...tambahan pula suami dan anak2 tak minat kalau buat pun kita sorang2 je yg ngapnya ..terkebil2 biji mata nak menghabiskan ..seingat2 kita adalah 2-3 kali kita buat sepanjang umur ni..

Resepi ni kite dapat dari kedai MamaChoice ( kedai bahan2 kek)..okey jugalah rasanya dan senang pula kerja membuatnya tulah pasal kita merajinkan diri mencubanya kalau tak selalu merajinkan diri ke pasar malam utk membelinya ahak.. ..

Lapisan bawah

3 cawan santan cair
1 cawan tepung suji
1/2 cawan gula pasir
1 tsp garam
1 tsp pewarna kuning telur

1. satukan semua bahan dan kacau atas api perlahan
2. masukkan adunan dalam loyang yg dilapis plastik dan kukus 15 minit

Lapisan atas

3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula melaka/perang/pasir ( kita kurangkan sikit)
1 tsp garam

1. Satukan semua bahan dan masak atas api perlahan
2.Tuang adunan ke atas lapisan bawah setelah lapisan bawah tadi masak
3. kukus lagi 15 minit..tutup loyang dgn aluminium foil..
sejukkan dulu sebelum dipotong ..kalau nak cantik potong guna benang..( kita guna pisau je)
selamat mencuba..


18 comments:

Yatie said...

Salam Datin El, Apa khabar? wow ada talam suji kat sini..kegemaran yatie ni...ada lagi tak...nak sepotong...eeh tak cukup, nak sepiringlah...boleh ke..

indahhouse said...

Salam datinel,
ya kak...ramai orang cakap talam suji ni sedap. pernah makan. saya pun belum penah buat lagi. cukup bahan, nak cuba nanti :)

fzi said...

Salam datin...
Waa... nampak sedap talam suji datin ni...saya lom penah try buat, ingat nak cuba buat jugak lah...selalu bab2 talam ni, abih2 wat kue lapis ngan seri muka...hehe

Mak Su said...

Hi Datin, salam ziarah.... saya ni ralat, tak belajar buat kuih cenggini dgn arwah mak :(

zaidharis said...

sedap ke kuih tu?hehe~

Datin El said...

yatie..salam
kbrbaik2 je..nanti akak hantar seloyang ye..tunggu tau.

Datin El said...

indahhouse salam
nur cubalah senang dan sodap..tq nur.

zulkbo said...

salam..
ermmmm
yummy..
makan lepat
jer pagi ni
saya

Datin El said...

MakSu hi..
tak payah ralat2 yang lepas tu nak buat camane ..skg pun masih bole blajar resepi talam dimana2 ada..yg penting kita rajin mencuba..

Datin El said...

fzi..salam

bukan nampak je tapi memang sedap..nanti fzi cuba te..kuih lapis n serimuka pun sedap juga..dah lama tak makan..nak pi ktanlah.rindu

Datin El said...

zaiharis salam

sangat sedap tau zaid kalau tak caya nganga mulut beso2 meh nak suap..hihi

Datin El said...

zulkbo salam
lepat pun yummy juga tau saya suka nak2 lepat labu n lepat ubi..sedap

piewahid said...

salam Datin,
kalau stakat gambar, leh la jamu mata je Datin,
kalau kat depan mata semua ni..... lupa sgala penyakit :)

mohdandmeriam said...

salam datin..apa khabar..tentu sihat..sedap nampak kuih tu..kakyam tak pernah buat kuih ni..rajin datin..

LiNda said...

Talam suji . Beshnya ...bila raya mesti beli 2-3 balang ..

Kalau makan, mesti berulamkan air . Kalau tidak , tersedhak ! hehe

Datin El said...

piewahid salam

kesiannya..makan sepotong je takpe kan..ataupun buat tawar sikit..kurangkan gula..

Datin El said...

kak yam..salam..saya sihat Alhamdulillah..kalau saya jd kak yam tak yah buat kat sana mcm2 kuih talam ade..pilih saja kan..

Datin El said...

linda..salam

ni mesti kes silap kuih..yang tu biskut sujilah sayang.