BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, July 10, 2009

kek ubi kayu

Resepi kek ubi kayu ni kita ceduk dari MyResepi...memang sedap sesangat terima kasih yang tak terhingga pada pencipta resepi ini...Ubi kayu ni ialah buah tangan yang dibawa oleh abang kita tempuh hari..masih ada sikit lagi dalam petiais kita cadang nak goreng je nanti...so layan ye resepi dibawah ni..

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )

  • 1½ cawan (375g) Mentega
  • 1½ cawan Gula Halus
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
  2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.


6 comments:

zaidharis said...

datin rajin ek masak, tapi selalu habis ke?

err, kalau tak habis bley anta kat saya, Universiti Malaya tau, kolej sepuluh, ngeee...

Datin El said...

zaidharis..mana rajinnya..kalau ada mood masaklah ...selalunya saya masak taklah banyak sangat cukuplah untuk 4-5 org kalau nak kena hantar kat kolej sepuluh saya masak lebeh eh..tungguuuuuuuu..

cikmanggis said...

sedap ke kek ubi..mana sedap dari bingka ubi

blogresipi said...

Sedapnye kek ubi kayu... napelah diorang dah tak jual ubi kayu kat sini sekarang..huhuh

Datin El said...

cikmanggis..sedaplah kek lagi almaklumlah bahan2nya pun lebeh banyak ..ada telur ada mentega..trylah CM mmg sedap resepi ni..

Datin El said...

blogresepi..salam..tinggal kat mana..memang susahlah nak dapat ubi kayu yang eluk kalau ada kat pasar pun dah kering..