BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 28, 2009

Puding kastad berkaramel..







masukkan dalam bekas pelastik senang lepas makan buang



Terasa nak makan puding lagi...tu yang buat ni tapi reka sendiri je sebab nak senang dan mudah
tukang makan pun tak banyak komen maknanya ok le tu...kalau ada permintaan kita letak resepinya nanti...jamu mata dulu...


resepi untuk renungan kakasma...

1 tin susu cair
1 1/2 tin air
1 biji telur
1 tsp esen vanilla
1 senduk nasi gula pasir
secubit garam
3 tbsp tepung kastad
3 tbsb tepung jagung ( kalau nak guna tepung jagung atau tepung kastad saja pun ok gak jadikanlah 6 tbsp tepungnya tu)
1/2 cawan air masak

cara.

campurkan susu air gula garam vanilla.. kacau telur campurkan sekali..naikkan keatas api masak hingga mendidih kacau selalu gunakan whisker..bila dah mendidih kecilkan api masukkan bancuhan tepung tadi..kacau 2-3min tutup api..

caramel.

1 cawan gula- masak hingga perang campurkan 1/2 cawan air - untuk dapatkan caramel yang agak cair.

sediakan bekas tuangkan caramel kemudian sendukkan kastad diatasnya..sejukkan dan bolehlah dihidang..sesuai dijadikan pencuci mulut..

Monday, April 27, 2009

Popia Simpul..













Salam semua.. Kalau makan popia simpul ni memang susah nak berhenti tangan laju je menyuap ke mulut..ermm...sedap sangat...el tak pernah buat tapi selalu makan..anak buah el yati yang buatnya..seksa tau nak buat ..sebab tu harga benda alah ni mahal sikit pernah sekali el tolong dia aduh.. naik terkehel tengkuk duk tunduk menyimpul..serik..bila nak makan order kat dia je lah..bahan2nya tak banyak kalau tak silap dia guna kulit popia.cili kering udang kering dan gula..tu je:-p

Sunday, April 26, 2009

Soft marble cake resepi dari ummi







kek yang sangat enak dan lembut el ambil resepinya dari ummi tapi belangnya tak menjadi..sebab lupa nakguna chopstick buat bentuk marble...t.kasih ummi...

bahan2

  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telor
  • 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette
  • 1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
Cara-Cara:-
  1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
  4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat.
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
  10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
  11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven .

Saturday, April 25, 2009

jom layan.......

nasi minyak


kepak ayam masak merah


dalca



Nasi minyak dan lauk pauk nya ni el masak masa abang el Hj Mohd Nasir balik dari mengerjakan umrah dan singgah berehat sebentar dirumah el sebelum pulang ke jb..keluarga kami memang suka makan makanan macam ni nak2 chicken mandi di mekah memang best giler....sebenar el ada buat acar tapi tak sempat nak diambil gambar dah selamat...resepi2 nya akan el muatkan kemudian ye..


NASI MINYAK

4 cawan beras basmathi
4 cawan air
1 tin susu cair + 1 biji limau nipis..jadikan tairu
3 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih *
2 cm halia*
1 sudu besar rempah campur/ rempah tumis
2 ketul kiup pati ayam
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu mentega/minyak masak
sedikit koma-koma/ pewarna kuning
sedikit air mawar- jika suka
2 sudu besar kismis- jika suka
2 helai daun pandan
* dikisar
cara

bersihkan beras- rendam kira2 30 min..toskan
panaskan minyak tumis rempah campur..masukkan bahan2 yang dikisar biarkan hingga pecah minyak dan berbau wangi masukkan air dan daun pandan.bila dah mendidih masukkan susu cair
kacau bubuh garam kiup ayam kismis secukupnya masukkan beras masaklah seperti biasa bila nasi kering bubuhlah koma2 atau pewarna yang telah direndam terlebih dahulu dengan air mawar..setelah nasi dah cukup masak barulah digembur2kan nasi dan senduklah sebelum dihidangkan taburlah sedikit bawang goreng dan daun bawang/ sup sebagai hiasan.

KEPAK AYAM MASAK MERAH
10 ketul kepak ayam- potong dua bersihkan gaul dengan garam kunyit-goreng
3 biji bawang besar. 4 ulas bawang putih. ( dikisar halus)
1 mangkuk cili giling/ mesin
3-4 sudu besar cili sos
1 sudu besar tomato sos
cuka/air asam jawa secukupnya
gula ..garam secukup rasa
minyak

panaskan minyak tumis bahan kisar campurkan gula biar hingga cukup masak dan garing masukkan sos cili dan tomato tambahkan sedikit air jika terlalu pekat ...kalau suka warna yang agak gelap masukkan sedikit kicap..perasakan dengan cuka/asam dan garam..masukkan kepak ayam yang telah di goreng tadi gaul hingga sebati tutup api dan hidangkan.

Wednesday, April 22, 2009

Diantara menu semalam...

kurma daging

semasa dimasak ( pun nak tunjuk)

kangkung goreng belacan( emim masak)

Tuesday, April 21, 2009

puding koktel berkuah





Cuaca panas sekarang ni memang best sangat kalau dapat basahkan tekak dengan benda2 sejuk macam puding koktel ni..jadi kita pun buatlah puding ni untuk juadah minum petang dan sambung sampai malam kalau tak habis lah ... sebenarnya kita buat kuahnya aje dan makan bersama fruit cocktail...tapi resepi pudingnya ada kat bawah ni ye..kita c/p dari mesra.net


BAHAN2 UNTUK PUDING:

1 paket agar-agar
4 cawan air
2-3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
Daun pandan



BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:

1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin air
2-3 sudu besar tepung kastard / jagung
Gula (Anggaran manis)
sedikit garam vanilla
1 biji telur ( kalau suka)



CARA MEMBUAT PUDING:

Masak agar2 dengan air hingga larut.
Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.

CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:
Masukan susu cair,air,gula,garam .Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi ( kalau dimasukkan semasa nak makan lagi sedap) Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.

Monday, April 20, 2009

Sarapan mihun goreng.


Berat nya nak buka mata pagi ni... puas menggeliat kekiri kekanan sambil cari ilham apa nak dimasak untuk sarapan.. kepala ligat cari bayangan apa yang ada dalam peti ais.....dapat dah idea buat mihun goreng jelah..hujan2 pagi ni memang best makan berat2 sikit lepas semua orang dah ke distinasi masing2 apalagi kita sambung mimpilah kruh..kruh..kruh..hihi..( adengan ni jangan diikut selalu nanti ketagih)

Sunday, April 19, 2009

Asam pedas ikan sembilang & Lemak kerang kangkung








Rasanya semua dah biasa dengan lauk asam pedas ni kan nak2 bagi orang2 dari johor tapi lemak kerang dengan kangkung ni mesti tak ramai yang dah mencuba ...Mak mentua el selalu masak lauk ni dan memanglah sangat digemari oleh anaknya...sesiapa yang nak cuba silalah ye..resepi dibawah ni.

1 kg kerang
1/2 kg santan
2 biji cili merah di potong kasar
1 biji bawang merah dihiris
sehelai daun kunyit
sayur kangkung secukupnya

bersihkan kerang masukkan ke dalam periuk campurkan bawang cili dan daun kunyit masukkan sedikit air jerang atas api bila kerang hampir masak masukkan santan dan kangkung yang telah disiang jangan lupa bubuh garam secukup rasa sebelum dihidang...lauk ni lebih sedap dimakan bersama sambal belacan.

p/s untuk mendapatkan kerang yang bersih dan putih rendamkan dengan asam keping sekeping dua dalam 1 jam sebelum dimasak.

karipap tak pusing








EL sangat suka makan karipap tapi tak minat membuatnya rasanya sepanjang umur ni tak sampai 5 kali el buat sendiri yang selebihnya order kat kawan atau beli je kat kedai dan gerai2.
Tapi karipap yang ni el buat sendiri tak kesahlah tak cantik pun yang pastinya kita dapat merasai kenikmatan dan kepuasan dengan hasil titik peluh kita ek..

Friday, April 17, 2009

Paru goreng berlado & sup sayur





Salam dan selamat tengahari semua...hari ni el tinggal dengan anak2 aje jadi seperti biasa masak pun seadanya dan mengikut citarasa tekak sendiri...el dan anak2 memang suka makan paru tapi tak boleh buat selalu sebab ada yang kurang berkenan..oleh kerana lauk ni kering je terpaksalah masak sup sayur ni untuk melicinkan lagi perjalanan nasi ke perut hehe..

paru belado (sesekali berbahasa minang)

bahan2

paru
cili kering
bawang merah
bawang putih
asam jawa
gula/ garam/ kunyit serbuk/ minyak untuk menggoreng dan menumis

bersihkan paru kemudian direbus sekejap..setelah itu hiris nipis2 dan gaulkan dengan sedikit garam / serbuk kunyit..goreng hingga garing..ketepikan

cili kering bawang merah dan bawang putih di kisar halus
panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan yang dikisar tadi hingga betul2 masak dan pecah minyak masukkan gula air asam dan garam. teruskan masak hingga sambal agak kering..
kecilkan api masukkan paru yang telah digoreng tadi dan gaul rata...hidangkan.

kuantiti bahan diatas tu agak2 lah ye ..bolehkan.

Thursday, April 16, 2009

Fudge Brownies dari dapur CT...






Bagi penggemar2 brownies jangan tak cuba resepi ni sebab selain rasanya yang sangat enak cara membuatnya juga mudah dengan bahan2 yang memang selalu ada kat dapur kita..jutaan terima kasih dari el buat ct delima...so kita layan resepi dibawah ni yang el c/p dari blog ct...selamat mencuba semua.



Fudge Brownies
Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
1 cawan butter (cairkan)
1 cawan serbuk koko
1 3/4 ke 2 cawan gula castor (tahap kemanisan ikut suka)
1 1/2 tsp vanila
4 biji telur
1 1/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus

1 cawan pelbagai kekacang atau chocolate chips


Cara-cara:
1. Di dalam satu bekas, kacau sebati butter cair dan serbuk koko.
2. Masukkan gula, esen vanila dan telur. Kacau semua hingga sebati.
3. Sedikit demi sedikit masukkan tepung + baking powder + garam halus yang telah diayak bersama.
4. Akhir sekali masukkan kekacang dan choc chips yang telah digaul dengan sedikit tepung.
5. Tuang adunan ke dalam loyang brownies dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30-40 min, bergantung kepada oven masing-masing.

Bahan Topping:
100 gm chocolate masakan
1/2 cawan krim masam or whipping cream

Cara-cara:
1. Cairkan coklat dengan cara double boil, alihkan coklat dari air panas dan biar selama 2 minit.
2. Masukkan sour cream dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
3. Sapu ke atas brownies yang telah disejukkan dan taburkan kekacang di atasnya. Biarkan brownies sejuk sebelum dipotong.

Tuesday, April 14, 2009

carrot cake








Salam semua..lama juga el tak n3 bukan apa minggu ni el agak sibuk selain dari pulang kekampung...abang el sekeluarga datang kerumah sebelum berangkat menunaikan umrah.
Seronok tak terkira bila berkumpul beramai2..

Carrot kek ni ialah buah tangan dari el untuk keluarga di kampung ..agak selekeh sikit sebab tergesa2 menyiapkannya..( alasan je tu) kek ni sangat mudah untuk disediakan dan bahan2nya pun tak banyak tapi rasanya memang sedap kalau tak caya cuba buat..el kongsikan resepinya untuk semua....selamat mencuba.

bahan2
A
280 g flour
1/2 tsp baking powder
1/2 soda bicarbonate
1/2 tsp cinamon powder
(ayak bersama)

B
400 g grated carrot
80 g chop walnut ( el guna badam)

C
5 eggs
300 g castor sugar
3/4 tsp salt

D
250 g corn oil/mazola/palm

beat C - 5 min
add in A to B - only stir till combine ( guna spatula)
lastly add in oil in speed 1.

cream cheese frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g icing sugar( el guna 100 g je)

pukul semua bahan hingga kembang dan sapukan diatas kek yang telah sejuk el sapu je seluruh kek tu sebab banyak lebih.

Awart dari Inahar lagi....



Tak jemu2 inahar ni bagi awart kat saya terima kaseh banyak2 tak tau nak balas ngan apa tapi yang pastinya inahar ni semakin dekat dihati...semuga persahabatan ini akan kekal sampai bila2..

Wednesday, April 8, 2009

Malang tak berbau

di tempat kejadian

di workshop






Terkejut.panik..sedih..semua perasaan ni datang bertalu2 bila saja dapat berita dua orang anak bujang el abang dan angah telah terbabit dalam kemalangan jalanraya di sungai buluh ahad lalu..
kejadian tu berlaku kira2 jam 6.30 petang waktu tu hujan lebat sangat kereta yang dipandu oleh abang tidak dapat dikawal berpusing dan terbabas lalu menghentam penghadang jalan...ALHAMDULILLAH mereka selamat tu yang paling penting dan el bersyukur sangat2 namun begitu abang terpaksa ditahan dihospital satu malam kerana kepala dan lehernya tercedera akibat terhentak dicermin kereta manakala angah pula cedera ringan je..mudah2an kejadian seperti ini tak akan berulang lagi ..insyaAllah..

.

Tuesday, April 7, 2009

thanks Dr inahar


Monday, April 6, 2009

terima kasih sangat-sangat....:-p







(mati saya kalau diorang nampak or tau ni..I'm sorry..)


Terima kaseh yang tak terhingga diucapkan kepada ketiga2 anak dara el cim, ada n emim kerana susah2 menghadiahkan sebiji coklat moose cake sempena uangtahun perkahwinan el dan suami..baba n ummi sangat2 menghargainya..thanks..


.

Saturday, April 4, 2009

Berkat dari Jah...






Alhamdulillah...tengah malas2 gile ni dapat pulak berkat dari jiran baik saya jah..orang2 johor tentu tau apa tu berkat bagi yang masih belum tau berkat tu ialah pemberian atau bekalan yang dibawa pulang dari kenduri atau dari rumah orang kahwin tapi jah ni tak buat kenduri saja2 je dia sedekah kat saya mee rebus yang sangat sedap, terima kaseh daun keladi ye jah...sekarang ni tengah ligat kepala memikir apa yang nak diisi dalam bekas2 jah yang banyak ni pulak ek...