BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 21, 2009

puding koktel berkuah





Cuaca panas sekarang ni memang best sangat kalau dapat basahkan tekak dengan benda2 sejuk macam puding koktel ni..jadi kita pun buatlah puding ni untuk juadah minum petang dan sambung sampai malam kalau tak habis lah ... sebenarnya kita buat kuahnya aje dan makan bersama fruit cocktail...tapi resepi pudingnya ada kat bawah ni ye..kita c/p dari mesra.net


BAHAN2 UNTUK PUDING:

1 paket agar-agar
4 cawan air
2-3 sudu besar tepung kastard
1 tin susu cair
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula)
Daun pandan



BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL:

1 tin susu cair
1 tin koktel
1 tin air
2-3 sudu besar tepung kastard / jagung
Gula (Anggaran manis)
sedikit garam vanilla
1 biji telur ( kalau suka)



CARA MEMBUAT PUDING:

Masak agar2 dengan air hingga larut.
Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.

CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:
Masukan susu cair,air,gula,garam .Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi ( kalau dimasukkan semasa nak makan lagi sedap) Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.

7 comments:

Unknown said...

Datin El,

bestnya dapat basahkan tekak dengan puding tu...

mintaklah secawan.... (nk cuba buat jugak lah.. :D)

cikmanggis said...

Kita penah makan kat umah datin time open house dulu kan...sedap.

Datin El said...

izan..sorilah sayang oi..pudingnya dah selesai tinggal cawan je nak ke..hehe..


cikmanggis..ye ke sedap t.ksh..tapi kita lagi suka mee cikmanggis..

zaidharis said...

wah,
pebret..

cik datin,
hehe,
boleh kan?
erm,
saya pun suka gak puding2 nie,
nak2 puding kastad,
fuh~
sedap tul!

Datin El said...

salam zaidharis..terima kasih sudi singgah umah saya ni..cubalah buat puding ni senang je...kate suka hehe..

sickchild said...

terliuq tengok mende ni cuaca panas gini.
haihhh. bestnyee.

Datin El said...

hai sickchild...makcik buat ni pun untuk sejukkan tekak yg kekeringan..hehe