BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 19, 2009

Asam pedas ikan sembilang & Lemak kerang kangkung








Rasanya semua dah biasa dengan lauk asam pedas ni kan nak2 bagi orang2 dari johor tapi lemak kerang dengan kangkung ni mesti tak ramai yang dah mencuba ...Mak mentua el selalu masak lauk ni dan memanglah sangat digemari oleh anaknya...sesiapa yang nak cuba silalah ye..resepi dibawah ni.

1 kg kerang
1/2 kg santan
2 biji cili merah di potong kasar
1 biji bawang merah dihiris
sehelai daun kunyit
sayur kangkung secukupnya

bersihkan kerang masukkan ke dalam periuk campurkan bawang cili dan daun kunyit masukkan sedikit air jerang atas api bila kerang hampir masak masukkan santan dan kangkung yang telah disiang jangan lupa bubuh garam secukup rasa sebelum dihidang...lauk ni lebih sedap dimakan bersama sambal belacan.

p/s untuk mendapatkan kerang yang bersih dan putih rendamkan dengan asam keping sekeping dua dalam 1 jam sebelum dimasak.

8 comments:

leya said...

datin el lemak kangkung dan kerang mmg tak pernah dibuat org, ini first time saya tgk org buat. Sodap tak datin el?

Datin El said...

leya..hee..tak penah dibuat orang lah kita kena buat sodap jugak lah leya cubalah.

leya said...

tu la datin el baru ari ahad ari tu masak kerang rebus. nanti la pulak cuba resepi datin el tu

Datin El said...

leya..cuba jangan tak cuba tau..senang sesangat..

kak ina kl said...

salam ..memang tak pernah lagi tgk kangkung masak dgn kerang tu..nanti boleh di cuba ya..

nanti kalau buat saya ambil resepi ye..

Datin El said...

salam kak ina..cubalah ye..kite pun bila dah kawen baru tau makan lauk ni..

geraugebang said...

Ini memang makanan kegemaran gerau. Asam peda sembilang. Aduhai. Nak salahkan siapa? Dari kecik mak dah ajor makan asam pedas. balik-balik asam pedas. tapi tak pe lah. Asam pedas ni jangan campur dengan lauk lain tak best. Makan lauk dia aje. Kalau nak makan lauk lain, isi nasi lain, baru amik lauk lain. Memang gerau gila asam pedas ek.

Datin El said...

rasanya geraugebang ni org johor klu tak pun org melaka ..sebab selalunya org dari dua negeri ni mmg fanatik asam pedas..hehe.