Dinner malam tadi el buat chicken chop bimbang tak cukup kenyang maklumlah perut dah biasa isi nasi el buat juga sedikit roti..
bahan2 untuk chicken chop
beberapa ketul peha ayam
telur
tepung jagung
serbuk roti ( tak bubuh pun anak2 tak suka)
minyak untuk menggoreng
bahan perapan ayam
lada putih
garam
sedikit air limau
bawang putih*
halia*
* ditumbuk
cara
ayam di buang tulang( kalau suka) dibersihkan gaul bersama bahan perapan dan perap beberapa jam didalam peti sejuk.
sapu ayam pada tepung jagung kemudian celup dalam telur yang telah digodak dan golekkan ayam pada serbuk roti- tekan2 supaya melekat,
goreng ayam dalam minyak panas hingga kekuningan.
sauce
bawang putih- cincang halus
kiup or stok ayam
krim
lada hitam
brown sauce
minyak zaiton untuk menumis( minyak lain or butter pun boleh)
tumis bawang putih masukkan brown sauce,krim,lada hitam,kiup ayam masak hingga mendidih
tambahkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sauce.
sweet bun
480 g tepung roti
120 g tepung kek
110 g gula
10 g garam
20 g susu tepung
4 sudu yeast
1 tsp bread improver
1 egg
300 ml air batu
1/3 cuka
60 g butter
campur semua bahan kering masukkan telur dan air uli kemudian masukkan butter uli lagi hingga lembut rehatkan 45 min..bentukkan bulat biarkan 10 min bakar selama 2o min didalam oven yang telah dipanaskan dulu dengan suhu 180c.
hidangkan chicken chop bersama mashed potato salat kentang goreng dan sweet bun .selamat mencuba..
Tuesday, March 31, 2009
Chicken chop
Posted by Datin El at 5:07 PM 8 comments
Labels: ayam
Sunday, March 29, 2009
aneka muffin
muffin vanilla dgn topping oreo, strawberry,
ganache dan taburan badam
muffin pisang dengan walnut
seronok buat muffin ni daripada sebungkus' muffin mix' kita bolih pelbagaikan dan mendapat muffin yang berbagai rasa..kerjanya pun mudah saja.
sebungkus muffin mix
135 g butter / minyak
110 g air
3 biji telur
campur semua bahan2 pukul sehingga gebu dan sebati masukkan dalam acuan bakar sehingga kekuningan dengan suhu 180 c kira2 20 min..
p/s untuk mendapatkan muffin pisang campurkan sedikit esen pisang/banana paste kedalam vanilla muffin mix.
Posted by Datin El at 5:20 PM 6 comments
Labels: kek
Thursday, March 26, 2009
puding caramel
feeling lebihan potuguese tart tempuh hari masih berbaki sedikit lagi bimbang ianya masam dan berlaku pembaziran el pun campurkan dengan sekeping roti gardenia dan blend ...kemudian el masak sedikit gula hangus masukkan kedalam acuan2 kecil lepas tu tuangkan bahan yang diblend tadi kukus selama 2o min..sejukkan dalam peti sejuk..bila dah cukup sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan jadilah puding caramel..masukkan sebiji2 kedalam mulut tak payah kunyah telan aje..hehe..licin dan sejuk bila lalu dikerongkong..
.
Posted by Datin El at 5:11 AM 4 comments
Tuesday, March 24, 2009
menu tengahari
inilah menu tengahari el tadi simple je...gulai lemak kuning ikan tenggiri, peria goreng, ulam kacang kelisa sambal belacan dan ikan sepat masin..tapi anak2 tak berapa minat masakan ni diorang lebeh suka makan kuah lemak tu dengan telur mata kerbau je..
Posted by Datin El at 9:44 PM 3 comments
Monday, March 23, 2009
portuguese tart
sebenarnya el baru je berjanji dengan cikmanggis nak stop kejap buat kek n pastry sebab nak berdiet konon tapi sorry eh cikmanggis,kita terpaksa mungkir janji disebabkan tuntutan tekak nie..I'm sorry...hehe..
kali ni el buat tart ni dengan menggunakan ready made puff pastry..tapi rasanya tak sama dengan yang buat sendiri..ada sikit kureng tapi bolehlah juga layan...
untuk filling.
4 biji telur
1 cawan susu
1 cawan gula( el gunakan 3/4 cwn)
1 cawan air
1 sudu tepung kastad
1/2 s/teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning
ambil sekeping puff pastry terapkan bentuk bulat dan masukkan kedalam acuan tart tekan2 sikit masukkan fillng dan bakar selama 20 min atau sehingga masak kekuningan pada suhu 180c..
Posted by Datin El at 6:39 PM 2 comments
Labels: tart
Sunday, March 22, 2009
char kuey tiau baba
Ni menu dinner malam tadi..ada orang tu offer diri nak masak resepinya jangan tanya sebab menurut yang empunya diri ianya bergantung dengan bahan apa yang ada kat peti sejuk..kalau banyak bahannya banyaklah dibubuh tapi kena pantau gak kalau tak tukang makan boleh pening..hehe bukan apa nanti terover makan sebab sedap sangat...untuk masakan malam tadi el bagi 4 bintang...(kipas sikit) lain kali masak lagi eh..
Posted by Datin El at 4:45 PM 7 comments
Labels: masakan baba
Saturday, March 21, 2009
sambal sotong ,sayur & blueberrycheesecake
SAMPAL PETAI SOTONG KEMBANG
el jarang masak sotong kembang yang selalu dijual dipasar el lebih suka sotong kering yang direndam sendiri..tapi ni kes jalan pintas..sambal ni macam sambal tumis biasa je tapi el tambahkan sedikit santan dan kurangkan cilinya kerana' best frient ' el kat umah ni tak berapa boleh makan pedas..so kita terpaksalah korban sikit kalau nak diikutkan tekak sendiri lagi pedas lagi ummp...
SAYUR TAUGE KUCAI DAN TAUHU
sayur yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan tapi sedap dan berkhasiat
BLUEBERRY CHEESE CAKE
ni pulak cake yang dibuat oleh anak2 perempuan el yang baru nak belajar2 buat kueh..cake ni dibuat masa harijadi abang sulung mereka dah lama jugaklah tapi saja je nak tunjuk kat sini..yang dah potong tak sempat diambil gambar..pham2 jelah budak2 ni.
Posted by Datin El at 5:01 PM 5 comments
Thursday, March 19, 2009
tiramisu Ala kadar je...
salam buat semua...dah lama bercuti rindu kat semua kawan2 disini...jadi hari ni el masuk dengan hidangan yang ala kadar jelah maklumlah dapur dah lama tak berasap..ada request nak makan tiramisu dari seseorang jadi buat jugaklah wlupun banyak barang kat umah ni yang dah habis so dengan apa yang ada jadilah tiramisu macam kat atas tu..t.ksh kat kak chik sempat jugak dia buat kepingan2 coklat kiut gak kan...dialah yang hias dengan moot tak baiknye..sabo jelah..bagi yang teringin cubalah resepi ni rasanya el gerenti caranya pun mudah je...cuba ye..
70g sugar
2 eggs york
1 egg( total 3 eggs)
50 g hot water
10 g gelatin
dissolved or panaskan pun boleh
250g cream cheese
30 g condensed milk
50 g fresh milk
250g whipping cream or fresh cream
coffee syrup
3 tsp instant coffee
80 ml water
60g sugar
50 g coffee paste
sponge fingger or sponge cake
method.
cream sugar and eggs until sugar dissolved - tak payah kuat
cream condensed milk and cream cheese until creamy add in egg mixture- cream well
add in geletin yang dah dissolved tadi
in another bowl whisk whipping cream- sehingga kembang dan gebu campurkan ke adunan tadi
gaul hingga sebati.
celupkan sponge fingger kedalam coffee syrup jadikan lapisan pertama tuang adunan cheese tadi ulang hingga habis dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam..hiaslah secantik yang boleh sebelum di hidangkan...semuga berjaya..
Posted by Datin El at 6:18 PM 3 comments
Labels: kek
Tuesday, March 3, 2009
istimewa buat teman2 ku...


Assalamualaikum wm...insyaAllah el akan meninggalkan tanahair sementara dan ingin el tinggalkan buah tangan buat sahabat2 semua semuga kalian tetap mengingati diri ini dan doakanlah agar el selamat pergi dan selamat kembali .. sudilah kiranya teman2 el disini cikmanggis, inahar,ct delima,anatahir,batrisyia,catlinafly,ayohwang,hazila.ultramama,aziemas , ela dan sifu mat gebu untuk menerimanya ... anda semua telah menceriakan lagi hidup el kini.
mudah2an kitakan bertemu disini lagi nanti....wassalam..
Posted by Datin El at 7:57 PM 4 comments
Labels: award
Saturday, February 28, 2009
terima kasih daun keladi Inahar


terima kasih yang tak terhingga dari el buat teman yang sorang ni ...semuga perkenalan kita tidak habis disini saja tapi akan kekal sampai bila2 ye...mekaseh awak..
Posted by Datin El at 5:44 AM 0 comments
Labels: award
Tuesday, February 24, 2009
cheese tart
salam...setelah terliur tengok tart inahar anak dara el teringin nak buat jugak so lepas puas berehat tadi dia pun mulakan projek tartnya tu dengan menggunakan resepi mrs Tan..tapi hasilnya comot sikit namun begitu rasanya tetap sedap( puji sket kang lajuk pulak kak chik ni)
resepinya
240 g tepung
45 g tepung jagung
75 g gula ising
150 g mentega
2 biji kuning telur
1/2 tsp esen vanilla
secubit garam
ayak tepung, tepung jagung,gula dan garam.
mentega sejuk di potong kecil dan gaulkan dgn tepung campurkan kuning telur vanilla-jadikan doh.rehatkan dalam peti sejuk 10 minit..masukkan(tekan2) dalam acuan tart cucuk2 dengan garfu bakar 15 minit..keluarkan, isikan dengan filling cheese dan bakar lagi kira2 10 minit.
cheese filling
250 g cream cheese
20 g butter
70 g gula castor
1 biji telur
putar cheese dgn butter hingga gebu tambah gula putar lagi hingga gula hancur masukkan telur putar hingga semuanya sebati...selamat mencuba dan semuga berjaya.
Posted by Datin El at 10:10 PM 4 comments
Labels: tart
Monday, February 23, 2009
asam pedas ikan terubuk
walau pun ikan terubuk ni banyak tulang tapi rasanya sangat sedap..selalunya ikan ni di panggang tapi biasalah orang johor nak masak asam pedas jugak..kuahnya mesti pekat2 dan pedas barulah terangkat...so hari ni lepas lunch tadi tak leh nak bangun kena mintak tolong mak su tarik sbb makan banyak sangat..tak payahlah nak bagi resepi kat sini ye sebab semua dah tau masak asam pedas ni kan...
Posted by Datin El at 10:51 PM 4 comments
Labels: lauk pauk
Ayam masak rebah bangun
lauk ni dimasak minggu lepas
ayam rebah bangun ni lebeh kurang sama je dengan ayam masak lemak cili api atau masak lemak kuning cuma el lebeh suka gunakan nama yang diatas tu sebab mengingatkan el pada keluarga el di kampung ....selain dari ayam, daging juga sedap dimasak rebah bangun ni...
el rasa semua orang dah tau resepinya tapi saja gatal tangan nak tulis jugak...
1 ekor ayam _ di potong bersihkan dan gaul dgn garam kunyit kemudian goreng separuh masak
1 biji bawang merah cili api( ikut suka) sedikit halia kunyit lengkuas - dimesin
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit disiat
1/2 kg santan
1 kg kentang
garam dan serbuk perasa secukup rasa
masukkan bahan2 yang dimesin serai dan daun kunyit kedalam periuk tambahkan sedikit air. masak hingga mendidih masukkan kentang. bila kentang hampir empuk masukkan ayam biarkan beberapa minit kemudian masukkan santan kacau dan kecilkan api akhirnya masukkan garam dan serbuk perasa..siap dan sedia untuk dihidangkan.
Posted by Datin El at 6:38 PM 6 comments
Labels: ayam
Sunday, February 22, 2009
BUBUR NASI & SAMBAL GELODOK
Sesekali makan bubur nasi ni memang menyelerakan tapi yang menjadi masaalahnya pulak perut cepat lapar dan terpaksalah ulang makan berkali-kali...dikampung el bubur nasi ni dimakan bersama telur masin sayur kangkung goreng dan sambal gelodok...pelikkan nama sambal ni tapi percayalah rasanya memang sedap dan ngam betul kalau dimakan dgn bubur nasi ni..
Untuk mendapat rasa yang lebih sedap dan disukai anak2 bubur nasi ni el masak dgn dicampurkan bersama sosej(potong kecil), bawang merah ( dihiris) bawang putih & halia( diketuk) sedikit serbuk lada hitam, kiup ayam, sedikit minyak bijan dan garam secukupnya.
Untuk menyediakan sambal gelodok pula kena sediakan bahan2 dibawah ni.
4 biji cili merah
30 biji cili api
2 biji bawang merah
1 cm belacan( kalau tak ada resdung lebih sikit lg ok.. hihi)
100 g ikan bilis
1 sudu makan gula
cili merah cili api dan bawang dipotong setelah itu digoreng bersama ikan bilis dan belacan jangan terlalu garing atau terlebih goreng bimbang nanti pahit pulak sambalnya..kemudian tumbuklah semua bahan tadi bagi yang rajin dan blend saja bagi yang tak berapa nak rajin bersama gula ..dah siap bolehlah dihidang dan dimakan bersama bubur nasi tadi..sekian.
Posted by Datin El at 3:42 PM 4 comments
Labels: bubur
kek dari cikmanggis

terima kaseh cikmanggis...akan el kenang dirimu sampai bila2..bersyukur sangat dikurniakan seorang sahabat sepertimu.harapan el semuga persahabatan kita tetap mekar dari dunia hingga akhirat.
Posted by Datin El at 1:50 AM 2 comments
Labels: award
Saturday, February 21, 2009
daging goreng minachi

Daging goreng minachi ni adalah masakan yang mudah untuk disediakan . sungguh pun begitu rasanya amat sedap suami dan anak2 el sangat menggemarinya.selain makan dengan nasi sedap juga kalau dimakan bersama nasi himpit atau lemang.. darimana timbul nama minachi el kurang pereksa pulak mungkin juga kerana warna masakannya yang agak gelap kot..wallahuwa'lam
jadi kalau ingin nak merasa silalah mudah je layaaan...
1 - 1 kg daging dihiris nipis gaul dgn garam dan kunyit
2 - 30 tangkai cili kering-jika nak pedas lebihkan sikit*
3 - bawang merah bawang putih sedikit halia*
4 - 1/4 cawan kicap manis
5 - cuka garam dan gula secukup rasa
* dimesin
letakkan daging dalam kuali tambahkan 3 cawan air renihkan sehingga daging empuk dan airnya kering ketepikan daging masukkan 1 cawan minyak masak bila dah cukup panas tumiskan bahan yang telah dimesin hingga cukup masak dan pecah minyak masukkan semula daging tadi masak lagi masukkan kicap manis cuka dan garam secukup rasa kalau nak lebih hitam tambahkan kicap lagi..masak hingga kering dan siap untuk dihidangkan..cubalah.
Posted by Datin El at 1:13 AM 5 comments
Labels: daging
Friday, February 20, 2009
honeycomb cake resepi kak nah
gambar agak gelap sebab tak pro lagi.
Honeycomb cake atau disebut juga kek gula hangus merupakan diantara kek kegemaran el resepi ini telah diberi oleh sahabat baik el puan sapinah atau kak nah...kak nah ni boleh dikira macam sifu el...t.ksh kak nah sebab banyak menurunkan ilmu memasak pada el ..semuga hidup kak nah sentiasa ceria dan di pelihara Allah hendaknya.amin...
dibawah ni el sertakan resepi kek ini untuk semua yang ingin mencuba...trylah memang tak nyesal punya..
bahan2
1-2 cawan gula
2-2cawan air panas
jadikan gula hangus
3-250g butter- masukkan kedalam gula hanggus yang sedang dimasak kacau bila dah cair tutup api dan sejukkan sebentar
4-8 biji telur -dipukul hingga kembang
5-3/4 tin susu pekat-dimasukkan ke telur yang dah kembang dan pukul lagi hingga sebati
6-2 cawan tepung gandum di ayak bersama 1 sudu teh bikarbonate soda
7-campurkan semua sekali kacau dan tapis.masukkan dalam acuan dan bakar. untuk mendapat kek yang lebih lembut biarkan selama kira-kira 2 jam sebelum dibakar.
8-bakar pada suhu 120 c selama 1 jam.
Posted by Datin El at 3:49 PM 5 comments
Labels: kek
chocolate cake kak chik
Hari ni kak chik buat kek lagi..kali ni untuk anak saudara el syuhada sejak kak chik ada kat umah rehatlah sikit el (gantung apron) tapi biasalah orang baru belajar adalah terkurang disana sinikan...
Posted by Datin El at 3:13 AM 2 comments
Labels: kek
Thursday, February 19, 2009
daging goreng halia
Salam...hari ni el masak ringkas2 je malas nak gi pasar apa yang ada kat umah itulah yg dimasak
kalau nak cuba silakan..resepinya..
1 kg daging-hiris nipis
4 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
10 biji cili api siam
halia muda secukupnya( el guna agak banyak hiris dan rendam degan air)
1 peket fresh green peas(sebab ada kat umah)
bunga kobis
2 biji cili merah( untuk nampak cantik je)
3 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar sos ikan*
sedikit minyak bijan*
1 sudu kiup pati ayam*
1 sudu makan gula *
1sudu makan tepong jagung*
2 sudu besar kicap cair*
* disatukan dan di bancuh dengan 2 cawan air
2sudu makan air limau
masukkan daging dan satu mangkuk air ke dalam kuali dan renihkan selama 1 jam or hingga daging lembut dan airnya kering.. ketepikan daging dan masukkan minyak tumis bawang putih
masukkan campuran yang di bancuh tadi kacau sebentar bersama daging bila dah sebati masukkan sayur2an dan air limau ...tutup api dan bolehlah di hidangkan dgn nasi panas
Posted by Datin El at 3:17 AM 3 comments
Labels: daging


