BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

Chicken chop








Dinner malam tadi el buat chicken chop bimbang tak cukup kenyang maklumlah perut dah biasa isi nasi el buat juga sedikit roti..

bahan2 untuk chicken chop

beberapa ketul peha ayam
telur
tepung jagung
serbuk roti ( tak bubuh pun anak2 tak suka)
minyak untuk menggoreng

bahan perapan ayam

lada putih
garam
sedikit air limau
bawang putih*
halia*
* ditumbuk

cara
ayam di buang tulang( kalau suka) dibersihkan gaul bersama bahan perapan dan perap beberapa jam didalam peti sejuk.
sapu ayam pada tepung jagung kemudian celup dalam telur yang telah digodak dan golekkan ayam pada serbuk roti- tekan2 supaya melekat,
goreng ayam dalam minyak panas hingga kekuningan.

sauce

bawang putih- cincang halus
kiup or stok ayam
krim
lada hitam
brown sauce
minyak zaiton untuk menumis( minyak lain or butter pun boleh)

tumis bawang putih masukkan brown sauce,krim,lada hitam,kiup ayam masak hingga mendidih
tambahkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sauce.

sweet bun

480 g tepung roti
120 g tepung kek
110 g gula
10 g garam
20 g susu tepung
4 sudu yeast
1 tsp bread improver
1 egg
300 ml air batu
1/3 cuka
60 g butter
campur semua bahan kering masukkan telur dan air uli kemudian masukkan butter uli lagi hingga lembut rehatkan 45 min..bentukkan bulat biarkan 10 min bakar selama 2o min didalam oven yang telah dipanaskan dulu dengan suhu 180c.

hidangkan chicken chop bersama mashed potato salat kentang goreng dan sweet bun .selamat mencuba..

8 comments:

mummyalyssa said...

best la menu ni..pasni tak yah bli lg chiken chopp sbb da bleh wat snirik gune resepi ni :)..

Datin El said...

salam mummyalyssa, yelah buat sendiri kita puashati kebersehan terjamin dan yang paling penting bole makan banyak hehe terima kaseh ye..

inahar ali said...

salam datinel..sodap nih chicken chop..kita tgh lapo ni lg le terliur..hehe..datin klu nk tgk wajah kita dr sisi depan ..pi lah umah fiza nordin ngan ct delima..msti puasati..kehkehkeh!

Datin El said...

salam inahar..ala ada spek pancasitara lah..apalah diorang ni pi tarok pulak..

CT Delima said...

sedapnya chicken chop tu..ct nak sikit bole x hehehe lain kali nak jln2 umah datin el bole ler masak kan ya :-)

Datin El said...

ct..bole-bole amek ar nak banyak pun bole..jemputlah datang selalu ct no problem.

geraugebang said...

Brown sos tu boleh dapat kat mana-mana pasar raya gian (giant) ke?

Datin El said...

geraugebang..brown sos bole je dapat kat mana2 pasaraya giant tesco econsave...kedai mamak tak pasti pulak..cubalah buat ye..