BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 31, 2009

Chicken chop








Dinner malam tadi el buat chicken chop bimbang tak cukup kenyang maklumlah perut dah biasa isi nasi el buat juga sedikit roti..

bahan2 untuk chicken chop

beberapa ketul peha ayam
telur
tepung jagung
serbuk roti ( tak bubuh pun anak2 tak suka)
minyak untuk menggoreng

bahan perapan ayam

lada putih
garam
sedikit air limau
bawang putih*
halia*
* ditumbuk

cara
ayam di buang tulang( kalau suka) dibersihkan gaul bersama bahan perapan dan perap beberapa jam didalam peti sejuk.
sapu ayam pada tepung jagung kemudian celup dalam telur yang telah digodak dan golekkan ayam pada serbuk roti- tekan2 supaya melekat,
goreng ayam dalam minyak panas hingga kekuningan.

sauce

bawang putih- cincang halus
kiup or stok ayam
krim
lada hitam
brown sauce
minyak zaiton untuk menumis( minyak lain or butter pun boleh)

tumis bawang putih masukkan brown sauce,krim,lada hitam,kiup ayam masak hingga mendidih
tambahkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sauce.

sweet bun

480 g tepung roti
120 g tepung kek
110 g gula
10 g garam
20 g susu tepung
4 sudu yeast
1 tsp bread improver
1 egg
300 ml air batu
1/3 cuka
60 g butter
campur semua bahan kering masukkan telur dan air uli kemudian masukkan butter uli lagi hingga lembut rehatkan 45 min..bentukkan bulat biarkan 10 min bakar selama 2o min didalam oven yang telah dipanaskan dulu dengan suhu 180c.

hidangkan chicken chop bersama mashed potato salat kentang goreng dan sweet bun .selamat mencuba..

Sunday, March 29, 2009

aneka muffin

muffin vanilla dgn topping oreo, strawberry,
ganache dan taburan badam


muffin pisang dengan walnut




seronok buat muffin ni daripada sebungkus' muffin mix' kita bolih pelbagaikan dan mendapat muffin yang berbagai rasa..kerjanya pun mudah saja.

sebungkus muffin mix
135 g butter / minyak
110 g air
3 biji telur

campur semua bahan2 pukul sehingga gebu dan sebati masukkan dalam acuan bakar sehingga kekuningan dengan suhu 180 c kira2 20 min..

p/s untuk mendapatkan muffin pisang campurkan sedikit esen pisang/banana paste kedalam vanilla muffin mix.

Thursday, March 26, 2009

puding caramel



feeling lebihan potuguese tart tempuh hari masih berbaki sedikit lagi bimbang ianya masam dan berlaku pembaziran el pun campurkan dengan sekeping roti gardenia dan blend ...kemudian el masak sedikit gula hangus masukkan kedalam acuan2 kecil lepas tu tuangkan bahan yang diblend tadi kukus selama 2o min..sejukkan dalam peti sejuk..bila dah cukup sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan jadilah puding caramel..masukkan sebiji2 kedalam mulut tak payah kunyah telan aje..hehe..licin dan sejuk bila lalu dikerongkong..



.

Tuesday, March 24, 2009

menu tengahari




inilah menu tengahari el tadi simple je...gulai lemak kuning ikan tenggiri, peria goreng, ulam kacang kelisa sambal belacan dan ikan sepat masin..tapi anak2 tak berapa minat masakan ni diorang lebeh suka makan kuah lemak tu dengan telur mata kerbau je..

Monday, March 23, 2009

portuguese tart




sebenarnya el baru je berjanji dengan cikmanggis nak stop kejap buat kek n pastry sebab nak berdiet konon tapi sorry eh cikmanggis,kita terpaksa mungkir janji disebabkan tuntutan tekak nie..I'm sorry...hehe..

kali ni el buat tart ni dengan menggunakan ready made puff pastry..tapi rasanya tak sama dengan yang buat sendiri..ada sikit kureng tapi bolehlah juga layan...

untuk filling.

4 biji telur
1 cawan susu
1 cawan gula( el gunakan 3/4 cwn)
1 cawan air
1 sudu tepung kastad
1/2 s/teh esen vanilla
sedikit pewarna kuning

ambil sekeping puff pastry terapkan bentuk bulat dan masukkan kedalam acuan tart tekan2 sikit masukkan fillng dan bakar selama 20 min atau sehingga masak kekuningan pada suhu 180c..

Sunday, March 22, 2009

char kuey tiau baba




Ni menu dinner malam tadi..ada orang tu offer diri nak masak resepinya jangan tanya sebab menurut yang empunya diri ianya bergantung dengan bahan apa yang ada kat peti sejuk..kalau banyak bahannya banyaklah dibubuh tapi kena pantau gak kalau tak tukang makan boleh pening..hehe bukan apa nanti terover makan sebab sedap sangat...untuk masakan malam tadi el bagi 4 bintang...(kipas sikit) lain kali masak lagi eh..

Saturday, March 21, 2009

sambal sotong ,sayur & blueberrycheesecake

SAMPAL PETAI SOTONG KEMBANG

el jarang masak sotong kembang yang selalu dijual dipasar el lebih suka sotong kering yang direndam sendiri..tapi ni kes jalan pintas..sambal ni macam sambal tumis biasa je tapi el tambahkan sedikit santan dan kurangkan cilinya kerana' best frient ' el kat umah ni tak berapa boleh makan pedas..so kita terpaksalah korban sikit kalau nak diikutkan tekak sendiri lagi pedas lagi ummp...



SAYUR TAUGE KUCAI DAN TAUHU

sayur yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan tapi sedap dan berkhasiat


BLUEBERRY CHEESE CAKE


ni pulak cake yang dibuat oleh anak2 perempuan el yang baru nak belajar2 buat kueh..cake ni dibuat masa harijadi abang sulung mereka dah lama jugaklah tapi saja je nak tunjuk kat sini..yang dah potong tak sempat diambil gambar..pham2 jelah budak2 ni.

Thursday, March 19, 2009

tiramisu Ala kadar je...






salam buat semua...dah lama bercuti rindu kat semua kawan2 disini...jadi hari ni el masuk dengan hidangan yang ala kadar jelah maklumlah dapur dah lama tak berasap..ada request nak makan tiramisu dari seseorang jadi buat jugaklah wlupun banyak barang kat umah ni yang dah habis so dengan apa yang ada jadilah tiramisu macam kat atas tu..t.ksh kat kak chik sempat jugak dia buat kepingan2 coklat kiut gak kan...dialah yang hias dengan moot tak baiknye..sabo jelah..bagi yang teringin cubalah resepi ni rasanya el gerenti caranya pun mudah je...cuba ye..


70g sugar
2 eggs york
1 egg( total 3 eggs)

50 g hot water
10 g gelatin
dissolved or panaskan pun boleh

250g cream cheese
30 g condensed milk
50 g fresh milk

250g whipping cream or fresh cream

coffee syrup

3 tsp instant coffee
80 ml water
60g sugar
50 g coffee paste

sponge fingger or sponge cake

method.

cream sugar and eggs until sugar dissolved - tak payah kuat
cream condensed milk and cream cheese until creamy add in egg mixture- cream well
add in geletin yang dah dissolved tadi
in another bowl whisk whipping cream- sehingga kembang dan gebu campurkan ke adunan tadi
gaul hingga sebati.

celupkan sponge fingger kedalam coffee syrup jadikan lapisan pertama tuang adunan cheese tadi ulang hingga habis dan sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam..hiaslah secantik yang boleh sebelum di hidangkan...semuga berjaya..

Tuesday, March 3, 2009

istimewa buat teman2 ku...




Assalamualaikum wm...insyaAllah el akan meninggalkan tanahair sementara dan ingin el tinggalkan buah tangan buat sahabat2 semua semuga kalian tetap mengingati diri ini dan doakanlah agar el selamat pergi dan selamat kembali .. sudilah kiranya teman2 el disini cikmanggis, inahar,ct delima,anatahir,batrisyia,catlinafly,ayohwang,hazila.ultramama,aziemas , ela dan sifu mat gebu untuk menerimanya ... anda semua telah menceriakan lagi hidup el kini.
mudah2an kitakan bertemu disini lagi nanti....wassalam..