BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 12, 2010

SAYONARA....


SALAM PERPISAHAN BUAT SEMUA....

KALAU ADA SUMUR DI LADANG
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI
KALAU ADA UMUR KU PANJANG
BOLEH KITA BERTEMU LAGI..

Wednesday, June 23, 2010

Roti sedap di restoran Wadi Hadramawt ampang..










Salam pagi khamis buat semua semuga ceria2 dan sihat sejahtera hendaknya...

kawan-kawan semua sila layan gambar2 n jamu mata dulu ye..cerita nanti kemudian.. kite kena cepat ni nak kemas apa yang patut sebab sekejap lagi nak bertolak ke perak seterusnya ke penang n kedah sambung cuti2 dengan opah tentu opah dah siap tunggu depan pintu dengan beg besar yg penuh dengan bekalan ..hihi orang tua seminggu sebelum berjalan dah siap berkemas bukan macam kite ni yg dah tua juga tapi selalu buat kerja last minute....insyaAllah jumpa lagi next week klu mengikut plan awal kami akan pulang pada hari selasa..ok babaiiiii

Tuesday, June 22, 2010

Kacang pool Larkin...


Assalamualaikum....sejuk kan hari ni..pagi2 lagi hujan dah turun..mata pun kuyu memanjang tapi perut biasalah musim hujan2 ni minta diisi je...Terkenang pulak roti kacang pool yang kita makan diMedan Selera Bomba Larkin ketika pulang kekampung baru2 ni..nilah pertama kali kita mencuba dan terus jatuh cinta...cari punya cari jumpalah kita resepi kacang pool ni untuk kita kongsi bersama...kalau teringin cubalah ye..

Resepi Kacang Pool

Bahan-bahannya:

Kacang parang 2 paket (direbus hingga lembut dan kulitnya dibuang)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
satu inci halia
sedikit jintan manis
sedikit garam

Cara-caranya:

1) Bawang merah, bawang putih, halia dan jintan manis dikisar halus.


2) Tumiskan bahan yang telah dikisarkan tadi dan bila naik bau masukkan
kacang parang dan sedikit garam.

3) Hidangkan bersama telur mata sapi, bawang yang dicincang dan cili hijau.


4) Perahkan sedikit limau kasturi dan bubuh sedikit lada putih diatas sajian.

5) Di makan bersama roti perancis atau roti potong yang dibakar(disapu mentega atau jem garlic bread)

Sumber: Unit Media & Komunikasi, Pejabat Menteri Besar Johor

Monday, June 21, 2010

Cuti ngan Opah.....

bersantai ...rehat2kan minda..

mertua vs menantu ..dipengkalan kubur tumpat .

peace............ambil angin laut..pantai batu burok.

letih gamaknya..hotel primula kuala terengganu.


berselubung...sutera inn kota baru..

yok makan kopok leko..sedap..

breakfast...makan kekenyang ye..

makanan kat sini memang sangat best..murah pulak tu..


room service...tak larat nak keluar dah...

makan tengahari di restoran yatie percik..



salam rindu semua...lama juga kite menyepi diri ek..bukan apa cuti sekolah ni agak sibuk sikit melayan tetamu yg berkunjung kerumah disamping memenuhi undangan majlis perkahwinan setiap minggu..pic2 diatas tu diambil semasa kite bercuti ke pantai timur bersama ibu mertua tercinta....puas rasa melayan my mil tambahan dia pun mengaku seronok dan sihat disepanjang perjalanan...siap nak ajak berjalan lagi...insyaAllah jika ada rezeki dan panjang umur minggu depan nak bawa dia ke pulau pinang dan kedah pulak..jalan2 lagilah kite ye..tapi yang bahayanya bila berjalan ni bila timbang kena pejam mata kalau bukak mata mau pengsannnnnnn..hihi ..

Sunday, June 6, 2010

Sambung cuti lagi..hehe


salam

semuga sihat semuanya ye...diwaktu n3 ni ditulis kita berada diJB..kebas punggung tak sempat hilang dah sambung berjalan lagi jangan sampai bengkak sudahlah..esuk lusa baliklah kita insyaAllah lepas hilang2 penat kita bersiaran semula ye..rindu dendam sangat kat semua ..ni pun curi2 guna lappy org...k babai u all...

Wednesday, May 26, 2010

Nak Menghilang Seminggu...

Assalamualaikum..salam sejahtera..didoakan mudah2an kawan 2 semua didalam lindungan Allah sentiasa..sihat dan bergembira disamping pasangan dan keluarga tercinta..
InsyaAllah kita nak pi cuti2 malaysia ...bawak ibu mertua jalan2 kepantai timur ...bermula ke kuantan kuala terengganu dan kota baru kelantan...petang ni kita akan pulang ke teluk intan ambil MIL esuk bawak balik kl dan hari sabtu pagi mulakan perjalanan... perjalanan balik pula bercadang untuk melalui east west highway...jauhnya kan..punggung boleh jadi petak empat segi duduk lama dalam kereta...tapi tak pe kita dah biasa bimbang ke MIL yg dah berumur tapi dia sangat bersemangat ..harapan kita semuga perjalanan kami nanti tiada apa2 halangan dan selamat dalam perjalanan pergi dan balik..jika panjang umur kita jumpa lagi ye..salam sayang teramat sayang dari kita buat semua..DAAAA..wslm.

Jom minum Teh Ala Arab..




Selamat petang...dah minum..kalau belum jemputlah sama2 kita menikmati teh arab bikinan sendiri...selalu minum direstoran saja ..tak puas kerana teh arab ni selalu dihidang didalam cawan yg comel2 sangat..setelah dikaji selidik dan diujikaji dapatlah kite resepi teh ala arab yg sangat sedap... sekali minum pasti nak lagi..selalunya kita alah minum teh ..akan naik angin satu badan ..siap dapat mabuk free lagi muntah bagai.. tapi teh arab ni ok pulak mungkin kerana rempah2 yg dicampur menendang angin ye ke ni.... kalau tak caya cuba try ye..

ops lupa...keluarkan rempah2 setelah 10 -15 minit..bagi yg suka aroma rempah tu lama pun takpe.

bahan2

6-7 uncang teh lipton
1 liter air
direbus bersama untuk mendapatkan rasa teh yg kuat dan pekat
5ooml susu segar
gula secukupnya - jika guna susu pekat lagi lemak berkrim
secubit garam
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga.

campur semua bahan kacau ..akhir sekali masukkan bunga cengkih dan buah pelaga..


Tuesday, May 25, 2010

Mini Tuna Puff



BAHAN-BAHANNYA :-)
1 pack pastry puff jenama "kawan"(ada 10 keping bersaiz 4 x 4 inci)
1 tin tuna*
1/2 biji bawang besar, dicincang halus*
1 biji limau kasturi, perah jusnya*
2 camca besar mayonies *
1/2 camca teh serbuk lada hitam*
Secubit garam*(*disatukan dan kacau rata2)
1 kuning telur, dipukul sedikit


sumber resepi ini dari dapur tanpa sempadan..Mat Gebu..t.ksh daun keladi CMG.

Atau boleh digunakan filling custard..



filling custard;
500ml fresh milk
500ml air
gula secukup rasa
vanila esen
1 cwn tpg castard
1-panaskan susu dan air
2-masukan gula ,vanila
4-bila dah mendidih masukkan tepung castard(el bancuhkan tpg bersama sedikit air diatas tadi
supaya mudah sikit kerja) kacau hgga pekat. selamat mencuba.
resepi mrs Tan.

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Potong sekeping pastry puff kepada 4 bahagian. 1 bahagian dikelar sebanyak 4 garisan, tapi jangan putus. 1 bahagian lagi diisi dengan 1/2 camca teh isian tuna. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu. Alih ke dalam dulang yang telah disapu dengan mentega. Buat hingga siap.
  2. Sapu kuning telur dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 25 - 30 minit bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

Mengangkut Awards Dari LOVE..tq



Adoiiiiii..terpaksa sewa lori besar untuk mengangkut award2 pemberian dari adik blogger kita love yang sangat pemurah ..t.ksh ye ..semuga ikatan persahabatan kita bertambah erat dan berpanjangan..