BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 8, 2009

Dah lama tak masak beria..

kerutup terubuk
sayur lemak pucuk meranti


Lepas2 raya ni asyik masak campak2 je..janji bolih makan ..Ada juga terpaksa masak beria-ria sampai nak demam dibuatnya bila kawan2 anak kita datang beraya tapi tak sempat pulak nak menayang kat sini sibuk terlampau hingga lupa nak ambil gambar..walau pun penat tapi seronok tenguk mereka makan bersungguh2.
pucuk meranti..rupa2nya sangat sedap dimasak lemak ..nilah kali pertama kita masak terus jatuh cinta.. dikawankan pulak dengan ikan terubuk goreng kerutup tak bolih berhenti makan ..laju semacam.. kena orang azan kat telinga baru bolih berhenti ..hehe dasyat betul pukulan sayur ni ..nanti nak masak lagilah tapi tak bolih selalu..lemak2 ni bahaya..

Sunday, October 4, 2009

UNDANGAN BUAT SEMUA.....



Assalamualaikum ..harapan dan doa semuga sahabat2 semua didalam peliharaan Allah hendaknya..
Sudah agak lama kita tidak bersiaran ..masih ingat lagi ke semua kat diri ini...hehe sebenarnya kita agak sibuk banyak sangat perkara yang perlu diurusi..
InsyaAllah jika diizinkan Allah kita akan mengadakan sedikit majlis kesyukuran sempena pernikahan anak sulung kita pada 14 hb nov dikampung halaman kita di johor dengan rendah hati kita sekeluarga menjemput kawan2 yang berkelapangan untuk hadir kemajlis kami..
terima kasih..