
nasi ayam

ayam panggang yogurt

sup

kuah cili

sos kicap

kuih ketayap ( termontel lah pulak)
Semalam kita masak nasi ayam je sebagai juadah berbuka ..tapi kali ni kita gu kan (kawan) dengan ayam panggang yogurt ..sedap tau..kalau tak caya cuba buat ya.
RESEPI AYAM PANGGANG YOGURT
Bahan-bahannya:
2 keping paha ayam
2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula merah atau gula melaka
1 sudu teh garam
1/2 kiub ayam
1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-caranya:
Tumbuk 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia dengan garam sampai lumat,perap pada ayam selama 1/2 jam.Blend halia muda,bawang putih,gula merah,sos tiram,kicap manis,yogurt dan garam serta kiub ayam sampai sebati.Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang sangat pelahan sampai pekat.
Ayam dibakar sampai masak .Sapukan dengan bahan bahan yang dikisar tadi dan bakar sekali lagi.Apabila ayam dah bertukar warna keemasan ,terbalikkan dan sapu dengan bahan bahan yang dikisar tadi sampai
Bahan-bahannya:
2 keping paha ayam
2 inci halia muda
4 ulas bawang putih
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
3 sudu besar plain yogurt
2 sudu besar gula merah atau gula melaka
1 sudu teh garam
1/2 kiub ayam
1/2 sudu teh garam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara-caranya:
Tumbuk 2 ulas bawang putih dan 1 inci halia dengan garam sampai lumat,perap pada ayam selama 1/2 jam.Blend halia muda,bawang putih,gula merah,sos tiram,kicap manis,yogurt dan garam serta kiub ayam sampai sebati.Masukkan dalam kuali dan masak dengan api yang sangat pelahan sampai pekat.
Ayam dibakar sampai masak .Sapukan dengan bahan bahan yang dikisar tadi dan bakar sekali lagi.Apabila ayam dah bertukar warna keemasan ,terbalikkan dan sapu dengan bahan bahan yang dikisar tadi sampai keperangan dan bolehlah diangkat.
p/s ..tapikan kita tak bakar dua kali kita masukkan ayam dalam sup hingga 3/4 masak keluarkan baru kita lumur dgn rempah kemudian baru bakar hingga keperangan ..selepas dikeluarkan kita sapu dgn butter supaya nampak cantik dan berkilat.
c&p dari blog cm..tq kaknah...