BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, July 30, 2009

cuti..

salam..saja nak bagitau kita nak cuti 2 - 3 hari..salam sayang buat semua..

Wednesday, July 29, 2009

ole2 dari kelantan...

Akok...khabarnya lebih berkedut akok ni lebih sedap..tapi ni pun dah cukup sedap.

pulut pagi...rasanya lemak dan manis tapi silap2 gigit tergigit kayu cengkih..sesetengahnya ada inti serunding didalam..memang sedap..

Apa nama kuih ni kita pun tak tau tapi rasanya macam kuih dangai cuma bentuk je berbeza jika ada orang kelantan yang terbaca ni tolonglah bagitau nama kuih ni ye..

yang ni pula ole2 yang paling istimewa untuk kita..my favourite perfume..miss dior dari my laling..agak2nya dia terperasan kita nyer yang lama dah nak kering..tq cayangggggg..

Semua ole2 diatas dibawa balik oleh suami kita dari kelantan ...dalam minggu ni je dah tiga kali outstation..daku kesepiannnn..hehe

Tuesday, July 28, 2009

Yang Dimakan Semalam...


ubi kayu goreng..jangan tak tau nilah peberet che' abe kita tiap2 hari bagi pun takpe..tapi padah lepas makan tu kita yang kena tanggung..emmmmmmmm..



Ni pulak sotong masak ala thai (kita saja bagi nama tu.. sebab ada aroma ala2 tomyam gitu)
masak pun ikut rasa sendiri agak2 n hentam keromo je..kalau buat sekali lagi tak gerenti jadi..tapi yang bestnya semua memuji ..sedap..hehe..kembang kuncup hidung tukang masak..

sayur kacang sepat goreng dengan udang..sekejap licin..


oleh kerana lauk pauk kat atas tu semuanya kering tak berkuah kenalah kita masak sup yang sangat mudah untuk hidangan kami sekeluarga semalam..,

Sunday, July 26, 2009

MENU2 HUJUNG MINGGU

muffin orange


masak kicap ikan senangin


pajeri terung


masak lemak cili api ayam


salam...inilah diantara masakan yang sempat dirakamkan sebagai hidangan untuk keluarga kita dihujung minggu yang lalu...masak simple2 je sebab letih sikit kerana pada petang jumaat kita pulang kekampung suami di teluk intan perak dan pulang semula pada keesokan harinya..biasalah ziarah MIL..Alhamdulillah dia sihat..

hari isnin memanglah meletihkan.. banyak projek nak kena buat.. mana satulah nak dimulakan dulu...Ah..relaxlah kejap...hihi..

resepi pajeri terung khas buat madam lulu..

2 batang terung panjang( potong dan rendam )
1 biji bawang merah*
3ulas bawang putih*
1 cm halia*
2 sudu makan udang kering*
2 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu makan rempah kari daging( bancuh dengan sedikit air)
1-2 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
minyak untuk menumis.. garam dan gula

kisar semua bahan bertanda*

panaskan minyak dalam kuali masukkan daun kari ,kayu manis dan bunga lawang..biar sebentar
masukkan pula bahan kisar tumis hingga terbit bau masukkan pula rempah kari kacau kalau kering sangat campurkan sedikit air masukkan gula( kena lebih sikit) biarkan rempah hingga cukup masak dan pecah minyak masukkan santan bila mendidih masukkan asam jawa dan terung ... masukkan kerisik..masak hingga pekat masukkan garam secukupnya..masakan ni kena cukup rasa masam manis dan masinnya jadi kena pandai2lah rasa ye..selamat mencuba..

Thursday, July 23, 2009

Sarapan Mee bodoh je.. & sedikit peringatan



Salam pagi jumaat buat semua.. semuga dihari yang mulia ni kita berada didalam mood yang baik..sihat dan ceria serta sentiasa didalam peliharaan Allah hendaknya..amin.

Terlewat sikit bangun tadi ..letih je rasa badan ni tapi kan biasalah dah jadi mak kenalah gagahkan diri.. siapkan sarapan untuk suami yang nak keluar mencari rezeki dan anak yang nak kesekolah...kalau ikutkan badan mau je nak tarik selimut n peluk bantal guling tu seerat2nya...

So untuk sarapan hari ni kita masak mee bodoh je almaklumlah bila hari jumaat esbok pun dah lengang jadi segala apa yang ada belen2 lagi tu kita jadikan perencah kawankan mee..Rasa? tak taulah apa rasanya sebab sampai la ni kita tak makan lagi..tapi tadi tenguk terkebil2lah juga mata che'abe nak mengabiskannya..sibungsu laju je no komen..selesai.

Ok..ni cerita lain pulak.. setiap pagi jumaat suami kita akan hantar message(sms) pada kita dengan tajukPERINGATAN BUAT DIRI YANG LUPA so untuk hari ni kita nak kongsi dengan kawan2 yang sangat di sayangi semua ..marilah kita renung bersama ye....

"Dan golongan kiri,siapa golongan kiri tu?( Berada) dalam siksaan angin yang amat panas & air yang mendidih ; dalam naungan asap yang hitam: tidak sejuk& tidak menyenangkan; sesungguhnya mereka sebelum itu hidup ( didunia) bermewah-mewah & terus menerus melakukan dosa2 besar " ( surah al- Waaqi'ah 41-46)
semuga kita semua bukanlah dalam golongan ini..insyaAllah..
Salam ukhwah....wassalam.

Tuesday, July 21, 2009

semua dalam satu...


Oleh kerana dah tak ramai kat umah ni so kita pun kuranglah sikit mood nak masak memasak ..janji ada benda yang boleh dimakan dan seimbang cukuplah...jadi hari ni kita masak daging goreng kicap campakkan sekali dalamnya kentang n kacang sepat tak payahlah kena masak sayur lainkan..em.. punyalah cekap save tenaga..cili potong kasi lebih boleh kunyah2 jadi macam sambal belacan..malas punya pasal...rasa mengantuk je ujan2 ni..main pejam2 matalah kejap..

Alhamdulillah..kaki budak ni dah ok..tq semua..





Assalamualaikum semua..kalau dalam n3 yang terdahulu.. kaki je yang ber posing kali ni kita tunjuklah rupa tuan punya kaki..syukur Alhamdulillah kaki kak chik dah sembuh dan dia pun dah kembali semula kekolej...terasa pulak sunyi bila dia tak ada ni maklumlah genap sebulan dia mc n teman kita kat rumah.. kawan tenguk tv kawan makan (sampai naik tembam) kawan bergossip kawan gaduh dan segala macam kawan.. rindu pulak( lepas rindu kat tongkat yang dah tercampak kat tepi jelah)...

Di kesempatan ini kita ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dari kami sekeluarga buat semua saudara mara dan kawan2 yang sudi datang ziarah..juga pada rakan2 blogger yang sama2 mendoakan agar kak chik cepat sembuh. tidak lupa buat doktor dan jururawat yang merawatnya dengan begitu mesra sekali..serta rakan2 sekelas dan sebilik dia yang terlalu banyak membantu...terima kasih yang tidak terhingga semuga kalian semua hidup didalam keredhaan Allah dan dilimpahkan rahmat olehNYA didunia dan diakherat..amin...

Sunday, July 19, 2009

lauk orang tua budak2 tenguk je..

Dah lama teringin nak masak sendiri lauk ni tapi selalu cansel sebab anak2 tak suka kali ni tak nak mengalah masak jugak... telur itik masak lemak dgn belimbing buluh... yang
berlingkar2 tu daun kunyit..ambek gambar pun ala kadar je sebab nak cepat2 senduk nasik...



ni pulak ikan kerapu goreng bercili...kegemaran kita ..makan licin sampai kepala pun tak tinggal kucing jilat jari jelah tak sempat nak numpang...hehe..

Saturday, July 18, 2009

chocolate cake..








kek ni tiga dara kita yang buat semalam....chim nak buat bekal ke pulau sibu johor ..projek fakulti...minah sorang ni minat sangat menyelam tu yang dia ambil course sains marine..10 hari disana ...risau juga hati ni . berbuih mulut pesan macam2.. jaga diri baik2 jangan buat tu jangan buat ni kena buat camni kena buat camtu..bok bek..bok bek..entah masuk kepala dia entahkan tidak.. macam ni lah jadi mak walau anak dah besar panjang pun masih lagi kena ingatkan semua..mudah2an Allah permudahkan segala urusannya disana dan selamat semuanya hendaknya...
layan gambar dulu resepi kita masukkan kemudian ya..

Thursday, July 16, 2009

SPAGETI....Aglio Olio Pedas...






Juadah makan malam semalam...spageti ni chim yang buat ..kalau tak silap resepinya dia ceduk dari majalah saji..ok juga rasanya...tq chim ..

Tuesday, July 14, 2009

Puding Pelangi








Puding ni kita buat speacial untuk mak mertua yang datang jenguk kak chik yang sebenarnya dah ok..biasalah orang tua suka makan kuih2 yang lembut n colourful...my MIL ni dah berusia 81 tahun tapi masih kuat dan cergas kita memang suspek...eh..respect giler kat dia ..mudah2an Allah berikan kesihatan yang baik dan panjangkan umurnya..amin...

Resepinya..
bahan A
20g agar2
7 cawan air
2 -3 cawan gula(ikut suka)
( masak hingga gula dan agar2 larut - tapis)

bahan B
1 tin susu cair
4 biji telur
4 sudu besar tepung kastad
sedikit garam
1 tsp vanilla
bahan C
pewarna merah hijau dan kuning

campur semua bahan B putar hingga sebati satukan dengan A naikkan keatas api kacau hingga mendidih..bahagikan 3 bahagian campurkan dengan pewarna...sendukkan kedalam loyang berselang seli semasa masih panas lagi...biarkan sejuk...masukkan dalam petiais..

jemput makan..

sambal tumis udang

ikan kerapu goreng


sayur lemak putih



alamak nasi tak masak lagi.....

Award2 dari inahar n catlina...






tq..sesangat buat adik2 tersayang yang sudi bagi kita award ni..sorilah ye lambat sikit akak tempek kat sini ..sehari dua ni agak sibuk..akan ku kenang kalian hingga akhir hayat hehe...lebiuuuuuuuu..

Friday, July 10, 2009

kek ubi kayu

Resepi kek ubi kayu ni kita ceduk dari MyResepi...memang sedap sesangat terima kasih yang tak terhingga pada pencipta resepi ini...Ubi kayu ni ialah buah tangan yang dibawa oleh abang kita tempuh hari..masih ada sikit lagi dalam petiais kita cadang nak goreng je nanti...so layan ye resepi dibawah ni..

Bahan-bahan ( 9 inchi persegi )

  • 1½ cawan (375g) Mentega
  • 1½ cawan Gula Halus
  • 5 biji Telur
  • 1½ cawan Tepung
  • ½ tin Susu manis
  • 1 sudu makan Baking Powder
  • 3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
  • 1 sudu makan Vanilla

Cara-cara

  1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
  2. Bakar 175 Celcius, selama 45-50 minit sehingga masak.


Wednesday, July 8, 2009

Kari sotong.. panggang ikan cecah budu...best tau

Setelah memerah otak dok memikir menu tengahari ni...tetiba dapat lak idea nak try masak kari sotong ...tak penah masak tapi penah makan ok jugalah rasanya ..laa.. teringin pulak nak makan budu ( dulu tak pandai makan pas belajar dengan cikmanggis. kalah org k'tan) so kita pun bakar ikan mambung untuk dijadikan lawannya...masuk dalam kuali je nak cepat tu yang sampai tertanggal kulit ikan.. dah buruk rupanya...tak masak sayur potong timun buat ulam je..lauk ni memang jahat tau kita nak berhenti makan dia tak bagi...makan pun tunduk je tak toleh kiri kanan...lepas makan menyesal tak sudah takut nak timbang...besuk nak tobat tak nak makan lah..huhu

Makan jemput pisang je..



Banyak sungguh pisang yang mak mertua bagi sewaktu balik teluk intan tempuh hari..apa lagi ambil sikit dan lenyek2 jadikan jemput pisang buat santapan petang ni...sambil menaip ni pun sempat cekut sebiji2 masuk mulut kalau tak cekap alamat putih mata sebab mangkuk jemput2 ni didalam pelukan che' abe yang duk laju menyuap sambil tenguk tv...

Tuesday, July 7, 2009

minggu yang sibuk..

Salam semua...minggu ni merupakan minggu yang sibuk buat kita .tak sempat nak ' bermesra' dengan kawan2 semua disini ..selain tak habis2 menyoping barang2 anak yang nak balik ke kampus kita juga dikunjungi oleh abang kita sekeluarga dari jb yang nak ziarah kak chik yang masih bersimen kakinya.banyak buah tangan yang dibawa durian rambutan manggis ubi kayu ubi keledek dan macam2 lagi tak sempat nak tayang dah kena serang...terima kasih banyak2 ya kanda hj Nasir hjh Rofeah dan anakanda2 syuhada maryam dan sodiq .dihari yang sama juga kawan baik kita cik manggis datang kerumah so apa lagi kami bersembang panjang dan kuk kik kuk kik ...tq ye CM sudi jenguk anak dara kita siap bawah kuih muih lagi..
Hari isnin pula kita dikejutkan dengan berita kematian sepupu suami jadi kami pun tergesa2 pulang kekampung suami di Teluk Intan..sedih juga sebab tak berkesempatan menziarahi Allahyarharham semasa terlantar sakit...Alfatehah buat yeop Hashim semuga rohnya ditempatkan bersama2 orang-orang yang beriman..