BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, April 26, 2009

Soft marble cake resepi dari ummi







kek yang sangat enak dan lembut el ambil resepinya dari ummi tapi belangnya tak menjadi..sebab lupa nakguna chopstick buat bentuk marble...t.kasih ummi...

bahan2

  • 270 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 260 gm tepung gandum
  • 1 camt baking powder
  • 6 biji telor
  • 2 camb. susu pekat manis (condensed milk)
  • 1 camb ovalette
  • 1 camb air
  • 1 camt esen vanila
  • 10 gm serbuk koko
  • 1 camt chocolate emulco (optional - bagus untuk mendptkan warna lebih gelap)
Cara-Cara:-
  1. Griskan tin kek berukuran 10x7x3 atau 20 - 23 cm springform. Ketepikan.
  2. Ayakkan tepung bersama dengan baking powder dan ketepikan.
  3. Satukan mentega, susu, esen vanila dan pukul sehingga gebu dan ringan (apabila diangkat dengan spatula, adunan tidak jatuh). Ketepikan.
  4. Kemudian dalam bekas lain, satukan telor, ovalette, air, gula, campuran tepung tadi dan pukul sehingga kembang dan rata.
  5. Masukkan adunan mentega (no. 3) ke dalam adunan no. 4. kacau rata.
  6. Keluarkan 1/4 adunan dan campurkan dengan serbuk koko dan chocolate emulco. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan 3 senduk adunan plain ke dalam tin dan 1 senduk adunan cokelat.
  8. Ulangi sehingga habis adunan.
  9. Ambil chopstick dan buatkan bentuk marble.
  10. Kemudian bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak (ikut oven masing-masing).
  11. Setelah masak, padamkan api oven dan biarkan kek di dalamnya selama 5 minit.
  12. Selepas itu bolehlah dikeluarkan dari oven .

3 comments:

ummi said...

Salam Datinel, waahh dah wat soft marble cake eh..time kasih sudi cuba resepi dari Noreen ni..sedap kan? Nk buatpun senang..xpalah marble x cantik...janji sodaapp dan licin..hehe

leya said...

mesti sedap kek marbel datin el ni. Teringat masa kecik2 dulu mak selalu buat kek tp skrg mak tua dah tak buat kek lagi anak2 yg buat lak tapi leya tak reti pun.

Datin El said...

salam ummi..A'ah sedap dan mudah buatnye...t.ksh daun keladi ye ummi nanti kite nak try yg lain pulak..


salam leya...cubalah buat untuk mak leya mesti dia seronok..guna resepi ni insyaAllah jadi dan sedap tau..cube ye..