BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, February 12, 2009

mak su yang istimewa dan cream sauce pasta.





Mak Su itulah panggilan untuk insan yang di lahirkan istimewa ini..dia merupakan satu2nya adik el umurnya 44 tahun tinggal bersama el dah 22 tahun sejak kedua ibu bapa kami meninggal dunia . walau pun dah berusia tapi pemikirannya macam budak2 sekolah rendah, boleh diharap juga mak su ni dia suka sangat menjemur dan melipat kain (pekerjaan yg paling el tak minat so selamatlah hehe) Dialah peneman setia el dirumah dan sangat ambil berat pada anak2 el..sifat keanak2annya tu menjadi hiburan buat kami sekeluarga...dia boleh menyanyi,menari,bersilat,tiru gaya artis dan macam2 lagi..baru2 ni mak su frust sangat bila mawi kahwin sebab dia syok sangat kat mawi..(ada taste juga dia ni..bila el kenen2 dgn sesama down sindrom tak nak pulak) kalau dia tak ada kat rumah el lah yang paling sunyi sekali selain dari kena lipat kain tak ada orang yang akan sediakan air dan ubat2 el, teman main dam n uno game dan dialah yang akan disisi el sebelum el tidur untuk selimutkan pasangkan lampu tidur dan tutup lampu bilik jangan salah faham, bukan el buli dia tapi memang dia akan buat kalau tak bagi dia tak puas hati. InsyaAllah el akan menjaga amanah Allah ini selagi hayat dikandung badan mudah2an Allah akan panjangkan umur mak su dan sihatkan tubuh badannya(maksu ada kenching manis) dia hanya minta perlindungan dan kaseh sayang je dari kami sekeluarga.. Pasta ni merupakan makanan kegemaran mak su oleh kerana dia tak bolih makan makanan pedas jadi el selalu buatkan cream sauce pasta untuk dia yg istemewa ini.




resepi cream sauce pasta

250g pasta- didihkan air campurkan sedikit butter or minyak masukkan pasta sehingga lembut kemudian toskan.
untuk sauce.
2 sudu besar mentega
2ulas bawang putih
1/2 biji bawang
10 ekor udang sederhana*
3 ekor sotong putih(potong kecil boleh juga di ganti dgn isi ayam)*
3/4 cwn light cream(heavy cream or susu segar pun boleh)
sedikit tpg jagung(utk memekatkan kuah)
sedikit kiup ayam sebagai perisa
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah/hitam(mana2 pun boleh ikut citarasa masing2)
sedikit parsley kering atau oregano,thyme pun boleh.
garam secukup rasa
*Direbus terlebih dahulu.

Panaskan mentega tumis bawang putih dan bawang merah hingga sedikit layu masukkan
cream/susu dan semua bahan perisa bila mendidih masukkan tepung jagung yang dibancuh dgn air masak dan tutup api .letakkan udang dan sotong tadi diatas pasta dan siramkan cream sauce kalau nak sedap lagi taburkan parmesan cheese..

6 comments:

inahar ali said...

salam datinel..seronok baca citer maksu ni..sememangnya Allah swt memberi kelebihan mereka yg down syndrom ni sgtla friendly dan pandai amik hati kita..mudah2an hidup mak su akan sentiasa gembira dan ceria bersama famili datinel..ye.insyaallah

Datin El said...

wkmsalam inahar mudah2an macam tulah hendaknya maksu ni byk menceriakan hidup kami sekeluarga..sunyinya tanpa dia.t.ksh sbb sudi baca eh.

cikmanggis said...

Maksu jd selebriti la...jeles hehe.Cikmanggis nak blk kg jap lagi...kita tutup kedai selasa mlm baru balik.

geraugebang said...

Sedih la pulak baca entry ni. Mulianya hati Datin El.

Datin El said...

geraugebang..mak su ni penghiburlara kita...

hidet said...

bagusnye datinel..
semoga diberkati dunia akhirat..