BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, February 14, 2009

kek oren & nasi goreng udang cendawan



Pagi2 lagi tadi ada yang teringin nak makan kek..so bila bukak peti ais nampak ada buah oren tiga biji el pun terus jelah buat kek oren ni...pukul 9 pagi kek dah ready. bersarapan kek lah kami hari ni..bagi yang teringin nak mencuba dibawah ni el sertakan resepinya.

375g butter
200g gula
7 biji telur
350g tepung naik sendiri(tambahkan 1/2 sudu teh baking powder supaya kek tak turun dibahagian dasar)
3 biji limau sunkist(parut kulit dan perah airnya)
cara membuatnya.
pukul butter dengan gula hingga kembang masukkan telur sebiji2 masukkan tepung berselang seli dengan air limau akhir sekali masukkan kulit limau.bakar pada suhu 150 c selama 50min.





malas pulak nak masak lauk so tengahari masak nasi goreng jelah ..bahan2 yang ada udang dan cendawan jadilah nasi goreng udang cendawan..kalau nak mencuba silalah ok gak rasanya..

bahan2nya
4 cawan nasi
10-15 ekor udang
2 biji telur
6 keping cendawan shitake(rendam dgn air panas bila dah kembang perah airnya dan potong kecil)
3 ulas bawang putih
sebiji bawang merah
5 biji cili api
sedikit pati ayam, lada sulah
3 sudu besar sos tiram
kicap cair
1 sudu minyak bijan(di campur dgn minyak masak semasa menumis)

tumis bawang putih dan bawang merah bila dah naik bau masukkan sos tiram lada sulah pati ayam dan udang kacau sebentar hingga udang masak masukkan cendawan, cili api kemudian pecahkan telur kedalamnya dan masukkan nasi kacau rata el gantikan garam dengan kicap cair so masukkan kicap secukup rasa..




.

2 comments:

batrisyiadelights said...

SEDAPNYA KLU DAPAT SEPINGGAN NASI DAN SEPOTONG KEK TUU..

mamamin said...

adeh.. kat mane resipe kek oren tu..
dah puas klik sane sini ni El.. x jumpa lak.. alahaiii...